part 3

46.6K 260 26
                                    


           Matahari mula memanasi dunia. Bunyi kicauan burung-burung yang bertenggek pada wayar elektrik menyedarkan Meghan dari tidur.

  Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk kasar! Meghan lantas bangun dan mengensot sambil menarik selimut menutupi badannya kerana menyangka orang yang mengetuk pintu ialah Shadow. Kejadian semalam membuatkan dia ketakutan melampau.

"Meg? Awak belum bangun ke? Hari dah lewat nak ke kolej!" Ibunya mengejutkannya di luar pintu.

Dengan pantasnya Meghan berlari ke arah pintu dan membukanya bila terdengar suara yang dikenalinya itu!

    Kraakk..!

"Mama!" Panggil Meghan. Ibunya terus dipeluk erat diiringi tangisan.

Ibunya berasa sungguh hairan dengan kelakuan Meghan pada hari ini. Rambutnya dibelai, lalu dia bertanya secara lembut saja tetapi penuh kerisauan.

"Ya Meghan? Kenapa ni? Awak mimpi buruk ke? Atau sakit?"

Meghan menggeleng-gelengkan kepalanya bermaksud tidak. Tiba-tiba Shadow berlalu di tepi mereka. Matanya merenung tajam pada muka Meghan. Ia seakan-akan satu amaran supaya Meghan tidak membuka mulut tentang kejadian Shadow merogolnya! Tubuh badan Meghan menggeletar, mukanya pucat!

"Meghan, awak sakit ni.. Jom mama bawa pergi klinik.." kata ibunya lalu menarik tangan Meghan untuk keluar dari rumah. Nampaknya, Meghan tidak akan ke kolej hari ini.

"Saya cuti hari ni.. saya boleh tolong bawakan dia pergi jumpa doktor.." tiba-tiba saja Shadow menegur ibu tirinya di ruang tamu.

Meghan yang terdengar terus mencelah.

"Tak payah! Mama.. saya.." Meghan tergugup-gugup ketika itu!

Shadow memegang gas pemetik api lalu memetiknya di belakang ibu Meghan. Dia sengaja berbuat seperti itu tanda ugutan! Bila ibu Meghan melihatnya, Shadow tersenyum bagaikan dia anak kandungnya!

"Betul awak nak tolong? Tak menyusahkan awak ke?" Soal ibu Meghan kepada Shadow.

"Ya saya tolong. Mana ada menyusahkan sangat, tapi harap-harap dia tak bising dalam kereta nanti.. haha," jawab Shadow dengan senyum sengihnya.

Meghan berpeluk tubuh sambil mengesat air matanya. Dia tidak mahu ditinggalkan bersama lelaki itu di rumah!

"Mama cutilah hari ni.. please..?" Meghan merayu. Dia tidak ingin melepaskan tangan ibunya.

"Sebenarnya hari ni bos salun nak mama gantikan tempat dia. Mama tak boleh tidak datang kerja, Meg. Lagipun Shadow ada di rumah. Dia boleh tolong jagakan awak.." ulas ibu Meghan.

Shadow sengaja memegang bahu ibu tirinya dengan mesra dan menyampuk perbualan kedua-dua anak beranak itu.

"Aunty pergilah kerja, jangan manjakan dia sangat. Jangan risau, apa saja dia mahu, saya akan berikan,"  kata Shadow.

Meghan berundur ke belakang sedikit dari ibunya. Pandangan Shadow ke atas dirinya semakin pelik!

"Mama, saya.. tak biasa dengan dia.. tolonglah jangan pergi kerja hari ni.." Meghan masih memaksa ibunya.

"Hei.. mama tak boleh sesuka hati cutilah.. awak kena biasakan diri dengan dia. Sampai bila macam ni?" Ibunya memberi nasihat sambil melihat jam tangannya.

"Tapi ma.. saya.." belum sempat Meghan berkata lagi, Shadow bergerak ke arah belakang dan memegang bahunya dengan lembut.

Terkejut sungguh Meghan dengan perbuatan Shadow. Dia mengelak dari dipegang, tetapi cengkaman tangan lelaki itu pada bahunya kuat sekali. Ia bagaikan amaran supaya Meghan menuruti arahannya.

ADDICTED 🍻Where stories live. Discover now