part 5

35.5K 241 20
                                    

             Senja telahpun menjelma. Meghan yang masih duduk pada bangku sofa ditegur oleh Teffy yang baru saja keluar bersama dengan Shadow dari biliknya.

"Hai Meghan, sorry buat awak tertunggu-tunggu, haha.."

Meghan tidak menyahut. Pandangan tajamnya pada meja tidak dialihkan langsung. Shadow datang dari arah bangku belakang, menundukkan kepalanya tepat di tepi telinga Meghan dan berbisik.

"Jom balik.."

Meremang bulu tengkuk Meghan bila terdengar bisikan lelaki tidak guna itu! Dia bingkas berdiri dan berjalan laju keluar dari rumah Teffy.

"Kenapa dengan adik tiri awak tu? Macam tak suka saja berada di sini?" Soal Teffy.

Tetapi soalan itu tidak dijawab. Shadow segera meluru keluar dari rumah untuk mengejar Meghan!

"Awak nak lari ke!?" Bentak Shadow lalu menangkap tangan gadis itu dengan kasar.

"Sial! Saya nak balik! Balik!" Jerit Meghan. Dia cuba melepaskan tangannya tetapi ia dicengkam kuat.

"Sekali lagi awak jerit, saya sumbat mulut awak dengan kain!" Jerkah Shadow. Dia risau jika Teffy terdengar pergaduhan mereka.

"Sumbat!? Hah! Sumbatlah!!" Meghan tidak takut lagi kepada Shadow.

Kemarahan lelaki itu terjadi, lalu pintu kereta dibuka, Meghan terus ditolak masuk ke dalam pada bahagian bangku penumpang.

Buk!

"Arggh..!" Meghan menjerit lagi.

Waktu itu Teffy masih berada di dalam rumah, dia tidak terdengar langsung jeritan Meghan di luar.

"Saya kata diam!" Shadow semakin berang, lalu dia mencekik leher Meghan hinggakan gadis itu hampir putus pernafasan!

"Uhukk..!"

"Sekali lagi awak jerit, saya akan pastikan mama awak mati hari ni!" Ugutan Shadow membuatkan Meghan terdiam.

Badannya yang masih terbaring pada bangku kereta ditinggalkan lalu pintu kereta ditutup!

Bam!

Waktu itu jugalah Teffy baru keluar dari rumah teresnya.

"Anything happen?" Soalnya kepada Shadow yang sedang bersandar pada badan kereta.

"Erm.. no. Jomlah pergi kelab." Ajak Shadow. Dia berlakon biasa, padahal baru sebentar tadi dia bergelut dengan si adik tiri.

Di dalam kereta, Meghan menahan tangis yang ingin dikeluarkan. Leher yang dicekik tadi juga masih tersisa sakitnya. Shadow memandangnya dari cermin, tetapi Meghan langsung tidak mahu melihat ke depan. Rambutnya yang kusut berserabai dibiarkan begitu saja. Teffy pula tidak mahu ambil tahu tentang keadaan diri Meghan yang tampak berserabut di bahagian bangku penumpang.

~~~~~~

Matahari mulai terbenam menghilangkan cahaya terang di dunia. Angin sepoi-sepoi bahasa mengusik rambut Meghan. Sesampai saja mereka ke tempat yang ditujui, Shadow menarik tangan Meghan keluar dari kereta.

Nampaknya mereka sudah biasa masuk ke dalam kelab itu, kerana beberapa orang pengawal yang menjaga berbalas pelukan kepada Teffy dan Shadow. Bila mereka terlihat Meghan, mereka tidak mengendahkannya. Malah, Shadow disuruh pula membawa gadis itu masuk.

ADDICTED 🍻Where stories live. Discover now