Seharian Meghan menanti tamatnya masa kerja Syn, akhirnya mereka berdua keluar dari shopping mall. Di dalam kereta milik pemuda itu, Meghan berasa janggal sedikit. Tetapi dia berfikiran positif saja dan berharap Syn benar-benar akan mengotakan janjinya untuk membawa dia kepada Shadow.
"Rumah saya taklah besar sangat, harap awak ok." Syn memulakan perbualan sambil memandu.
"Saya tak tanya pun?" Jawab Meghan.
Syn mencebik bibir. Dijelingnya Meghan lalu tersengih.
"Ok lah kalau macam tu. Satu lagi, awak gadis pertama yang sudi datang ke sana." Kata Syn.
Meghan tersentak, dipandangnya Syn yang tampak biasa saja.
"Haha.. saya tahu, ni mesti sebab awak tak laku, kan?" Ayat Meghan seperti menyindir si jejaka bertatu.
"Nice words.." sahut Syn.
Anak mata Meghan menjungkit ke atas, dia tidak peduli jika kata-katanya tadi menyakitkan hati Syn. Dia berdengus sambil membetulkan posisi duduknya. Malas melayan si lelaki.
Tidak lama kemudian, mereka pun tiba di sebuah bangunan flat yang agak usang. Meghan memerhatikan keadaan sekeliling. Dilihatnya beberapa lelaki jalanan yang tampak seperti samseng berlegar-legar di tepi bangunan. Perasaan risau dan takut tiba-tiba timbul.
"Dah lama ke awak tinggal sini?" Meghan menyoal.
Sambil menggaru kening, Syn menjawabnya.
"Yup." Dia kemudiannya memarkir kereta di tepi bangunan.
"Err.. dah sampai?" Meghan gelisah.
"Belum," Selamba saja Syn menjawab.
"Jadi kenapa berhenti?" Meghan menyoal lagi kerana takut melihat lelaki-lelaki yang sedang bersantai di tepi bangunan.
"Idiot. Dah sampailah. Jom keluar," ajak Syn lalu membuka pintu keretanya yang tidak mewah itu.
Meghan teragak-agak untuk keluar. Tetapi kerana terlalu mahu berjumpa dengan Shadow, dia terpaksa keluar dari kenderaan tersebut.
"Jangan tinggalkan saya," kata Meghan lalu berlari pantas ke arah Syn apabila dia diperhatikan oleh beberapa orang lelaki bertubuh gagah.
Syn terhenti, Meghan terus menerkam lengannya.
"Mereka tak akan apa-apakan awaklah." Kata Syn. Dia melambai ke arah lelaki-lelaki sebaya dengannya tanda sapaan.
Meghan langsung tidak berani memandang semasa mereka membalas lambaian salam Syn. Tangan Meghan yang memeluk lengan berotot Syn lantas dipegang erat oleh si lelaki. Meghan mendongak melihat lelaki tinggi itu. Dia berasa segan lalu cuba melepaskan tangannya, tetapi Syn tidak membiarkan ia terjadi!
"Once you touch me, you can't let it off.." Syn berbisik. Ia sebenarnya gurauan saja.
"Sial, lepaskan tangan saya." Meghan melawan. Padahal dia yang terlebih dahulu menangkap tangan Syn tadi.
"Kenapa awak serius sangat ni? Haha.." balas Syn. Bibirnya yang nipis mengukirkan senyuman semasa merenung Meghan.
Gadis itu berasa pelik pula, dia pun melawan lagi.
"Diamlah! Saya nak jumpa Shadow sekarang." Katanya.
Syn hanya membalasnya dengan gelak tawa. Dia mula berjalan menaiki anak-anak tangga menuju ke tingkat 5 bangunan tempat tinggalnya.
YOU ARE READING
ADDICTED 🍻
DragosteI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 P/s. Jangan baca kalau kamu rasa kamu alim. 🔞🔞 Genre : Romance, Violence Lang : Malay, English Em.. cerita pasal.. tah la. Sy saja2 tulis ni. Boring ba sy crita romance yg besa2. Ganas2 sikit bru siok. 🤣...