Hari bertukar gelap, Syn dan Meghan akhirnya tiba di perkarangan rumah bapa tiri si gadis. Meghan menjenguk ke luar tingkap jikalau ibu dan bapa tirinya kelihatan. Tetapi mereka tidak ada di situ. Meghan mengeluh lega."Thanks.." ucapnya kepada Syn.
Lelaki itu tersenyum saja tanpa sahutan. Ketika Meghan ingin membuka pintu, dia terhenti sejenak lalu menoleh semula ke arah Syn yang asyik melirik padanya.
"Erm.." Meghan ingin katakan sesuatu, tetapi dia tidak tahu apakah ia.
"What?" Soal Syn.
Tanpa jawapan, Meghan bangkit lalu maju ke atas badan Syn dan dia mengucup lelaki itu seperti tadi. Syn tidak menolak ciuman itu, malah dipeluknya badan kecil Meghan yang berada di atas ribanya.
"Stop it.. your parents will see us.." kata Syn.
"Ok.. jumpa lagi.." jawab Meghan. Dia memberikan ciuman sekilas lagi kepada Syn tanda berterima kasih.
"See you Meg.." ucap Syn.
Sambil tersenyum manis, Meghan pun keluar dari kereta dengan perasaan riang di hati. Entah mengapa dia senang sekali bersama dengan lelaki yang dianggapnya penyelamat itu. Syn memandu semula keretanya meninggalkan Meghan.
"Hm.. tak sangka hubungan kita boleh jadi sebaik ni.." Meghan berbisik sendirian.
Ketika dia masuk ke dalam rumah, ibunya sudah sedia menanti di ruang tamu tanpa bapa tirinya. Meghan berlakon kononnya penat berjalan seharian.
"Siapa hantar awak balik tadi?" Ibunya menyoal.
Meghan tersentap, tetapi dia tetap tenang semasa menjawab.
"Kawan.."
"Kawan sampai peluk cium?" Kata si ibu.
Dup!
Jantung Meghan bagai terhenti. Rupanya si ibu telah melihat segalanya yang berlaku di luar tadi!
"Erm.. ya. Saya kan dah besar, suka hatilah nak berkawan dengan siapa." Meghan menjawab kasar lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
Dia diekori oleh ibunya dari belakang yang sedang bercekak pinggang.
"Apa awak kata? Suka hati? Meghan, awak masih remaja! Mama tak benarkan awak bercinta dengan sesiapa, faham tak!?" Tengking si ibu.
Meghan membuka kasut lalu menendang ia ke dinding.
Buk!
"Saya kata orang tu kawan sajalah! Mama nak saya mati kebosanan duduk di rumah ni seorang diri ke!? Di kolej tiada sesiapa nak berkawan dengan saya!" Bentak Meghan.
Begnya dibuang pada tilam dengan kasar. Dia sudah semakin berani melawan kata-kata ibunya sejak ketiadaan Shadow di rumah ini.
"Mustahil tiada kawan perempuan. Dulu awak tak macam ni, Meg. Tapi sekarang dah pandai balik lewat dan melawan mama. Dari mana awak kenal lelaki tu?" Ibunya menyoal lagi.
"Ish! Lelaki tu kawan Shadow, sebab tu dia tumpangkan saya balik." Jawab Meghan.
Ibunya mengeluh panjang setelah terdengar nama Shadow disebut.
"Awak berjumpa dengan Shadow ke?" Dia bertanya.
"Ya.. tanya khabar saja, bukannya ada apa-apa." Meghan jawab acuh tak acuh pertanyaan itu.
YOU ARE READING
ADDICTED 🍻
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 P/s. Jangan baca kalau kamu rasa kamu alim. 🔞🔞 Genre : Romance, Violence Lang : Malay, English Em.. cerita pasal.. tah la. Sy saja2 tulis ni. Boring ba sy crita romance yg besa2. Ganas2 sikit bru siok. 🤣...