part 14

24.6K 215 37
                                    

             Meghan berlegar-legar di dalam bangunan  shopping complex tanpa ditemani sesiapa. Cerita sedih yang Shadow khabarkan kepadanya semalam masih bermain di dalam mindanya. Meghan ke hulu hilir bersama beg sikut yang hanya berisi dompet dan telefon bimbit. Bertih jagung dibeli bersama segelas minuman bergas. Lalu dia membeli tiket wayang. Tanpa teman, dia pun masuk ke dalam panggung.

Filem berunsurkan pembunuhan mula ditayangkan. Panggung menjadi gelap gelita. Tempat duduk pula tidak dipenuhi orang awam. Hanya beberapa pasangan saja yang kelihatan di situ. Mungkin ia adalah hari biasa, jadi pengunjung agak kurang sedikit. Mata gadis itu melirik pada sepasang lelaki dan wanita yang duduk di hadapannya. Mereka bukannya menonton wayang, tetapi bercumbuan pula di dalam panggung. Bunyi bising dan dentuman dari speaker membuatkan suara mereka bergelak ketawa tidak kedengaran. Meghan tersengih. Matanya tertumpu semula pada skrin panggung. Adegan bunuh membunuh tidak menyeramkannya langsung. Satu persatu biji bertih jagung dikunyahnya, minuman bergas disedut menggunakan penyedut plastik.

Tiba-tiba, seorang lelaki duduk di sebelahnya dengan berpakaian jaket serba hitam dan menutupi kepalanya. Lelaki tersebut terus bersandar kasar pada bangku. Meghan menjeling. Wajah lelaki itu langsung tidak kelihatan kerana suasana gelap dan topi jaket menghalang matanya dari melihat orang itu. Meghan tidak mengambil kisah pun siapa orang itu dan menganggapnya hanya salah seorang pengunjung panggung.

Ketika wayang itu sudah hampir ke penamatnya, Meghan membetulkan posisi duduk. Dia ingin keluar dari situ. Tetapi lelaki tadi terus berdiri tegak di tepi sambil memandangnya. Kepala Meghan mendongak ke atas, dia tidak menyoal. Wajah lelaki itu tertutup bayangan hitam. Perasaannya mulai curiga! Dengan nafas yang laju, Meghan meninggalkan saja sampahnya dan bergerak pantas meninggalkan panggung!

Pak! Pak! Pak!

Dia berlari laju menyusuri lorong menuju ke arah lif. Tali beg sikutnya digenggam erat. Dia asyik menoleh ke belakang kerana risau diekori.

"Cepatlah bodoh!" Bentaknya semasa menunggu pintu lif terbuka. Perasaan takut menjadi-jadi.

Dia bersendirian di ruang itu.

Ting..

Pintu lif terbuka, di dalamnya kosong tanpa manusia. Meghan tidak berfikir panjang, kakinya terus melangkah masuk ke dalam dan lantas menekan butang menutup pintu berkali-kali.

Daun pintu lif mula tertutup.. tiba-tiba..

Zap!

Ia ditahan seseorang! Meghan terus bersandar pada dinding logam, matanya terbungkam  jantungnya berdegup pantas apabila tangan besar seorang lelaki menahan pintu lif dari tertutup! Pintu itu terbuka semula. Saat Meghan melihatnya, hatinya bagai gugur! Orang itu adalah lelaki di dalam panggung tadi!

"A.. awak siapa!?" Dia segera menyoal dengan suara lantang.

Lelaki itu hanya menundukkan kepalanya lalu masuk ke dalam. Sebelum pintu lif tertutup semula, Meghan terus meluru ke arahnya untuk cuba keluar. Tetapi badannya ditangkap ganas oleh lelaki itu!

"Arrghh..!! Tolong..!" Dia serta merta menjerit.

Badannya didorong masuk semula oleh lelaki berbadan besar itu sehingga terhempas ke dinding!

Buk!

"Aduh..! Lepaskan saya!" Meghan kesakitan sambil menjerit kuat. Dia melawan lelaki itu sekuat hatinya!

ADDICTED 🍻Where stories live. Discover now