Anda tidak akan tahu cinta itu datang seperti apa. Ia mungkin boleh datang secara tiba-tiba dan mungkin juga secara tidak sengaja. Meghan Dani ialah seorang gadis yang tidak pernah tahu apa itu erti cinta. Dia hidup di dalam dunianya sendiri dan lebih suka menyibukkan diri dengan pembelajaran di kolej.Perceraian antara kedua-dua ibubapanya menyebabkan dia suka menyendiri. Pergaulannya dengan ibu kandungnya tidak semesra dulu ketika dia masih kecil. 5 tahun kemudian ketika usianya menginjak 18 tahun, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki duda yang kematian isteri. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang lebih tua dari diri Meghan.
Shadow Turner, lelaki dewasa berumur 30 tahun serta mempunyai kerja yang agak baik, iaitu seorang jurugambar profesional. Namun begitu, dia sangat suka bersosial. Aktivitinya pada setiap hujung minggu ialah menghabiskan masa bersama rakan-rakannya di kelab malam serta pusat hiburan yang ada di bandar. Dia juga mempunyai seorang teman wanita.
Shadow dan orang tuanya juga tidak mesra seperti anak beranak yang lain. Tapi mereka masih tinggal dalam satu rumah. Kekadang, Shadow tidak akan pulang. Dia akan bermalam di rumah teman wanitanya yang bernama Teffy Moore.
Meghan dan Shadow tidak pernah berbual selepas ibu bapa mereka tinggal bersama. Shadow kerap keluar rumah sejak ibu Meghan berkahwin dengan bapanya. Dia dan Meghan hanya berlalu bagaikan angin setiap kali bertemu di dalam rumah.
Pandangan Meghan terhadap Shadow ketika kali pertama berjumpa dengan abang tirinya ialah lelaki itu tampak bengis. Rambutnya pendek, dia suka memakai cermin mata gelap serta kedua-dua belah lengannya dicacah tatu. Tapi entah bagaimana pula dengan badannya. Suara lelaki itu pula garau, dia bertubuh sasa dan tinggi. Yang Meghan tahu tentang Shadow ialah pekerjaannya dan aktiviti lelaki itu setiap hujung minggu, itu saja. Tapi Meghan sedikit pun tidak ingin tahu hal lain tentang lelaki itu.
*******
Dua bulan selepas ibu bapa mereka berkahwin, Meghan seperti biasa akan pulang ke rumah menaiki bas dan berjalan kaki sepanjang jalan memasuki kawasan perumahan. Dahulu dia dan ibunya menyewa rumah di bandar. Tetapi kini mereka tidak lagi terbeban dengan membayar sewa kerana mereka tinggal di rumah bapa tirinya.
Dengan keadaan yang penat, Meghan masuk ke dalam rumah tanpa mengetuk pintu seperti selalu. Dia mempunyai kunci pendua sama seperti abang tirinya. Ketika itu pula, tiada sesiapa berada di dalam rumah tersebut. Bapa tirinya bekerja sebagai ahli bomba, ibunya pula bekerja di sebuah salun kecantikan yang ada di bandar. Shadow selalunya akan bekerja sehingga lewat malam, itupun jika ada permintaan pelanggan untuk menangkap gambar mereka pada waktu malam.
Buk!
Beg sekolah dihumban ke tepi dinding. Meghan duduk pada tepi katil sambil membuka kasutnya. Perutnya pula berasa lapar tiba-tiba. Oleh kerana tiada sesiapa di dalam rumah pada waktu ini, Meghan membuka baju dan seluarnya. Hanya coli berwarna pink dan seluar dalam bercorak bunga menutup dada dan pinggul. Ia kerana cuaca terlalu panas sekali di luar dan bahang panas memasuki rumah itu.
"Hm.." keluhnya semasa membuka peti sejuk bila haba dingin menepis kulit tubuhnya.
Dia kemudiannya terlihat bekas berisi makanan, lalu ia diambil. Lagu dimainkan dengan kuat di dalam dapur, dan Meghan menari-nari bagaikan rumah itu kepunyaannya seorang saja.
Sambil menjamah makanan, punggungnya dilenggok-lenggokkan mengikut rentak lagu. Tetapi tanpa dia sedari, Shadow yang entah muncul dari mana, masuk ke dalam dapur dan membuka pintu peti sejuk tanpa menegur Meghan.
YOU ARE READING
ADDICTED 🍻
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 P/s. Jangan baca kalau kamu rasa kamu alim. 🔞🔞 Genre : Romance, Violence Lang : Malay, English Em.. cerita pasal.. tah la. Sy saja2 tulis ni. Boring ba sy crita romance yg besa2. Ganas2 sikit bru siok. 🤣...