part 4

39.8K 248 35
                                    


Meghan duduk di atas tilamnya setelah selesai menyiapkan diri. Tangisannya tiada lagi, tetapi wajahnya masam dan murung. Hidupnya bagai telur di hujung tanduk. Jika dia ingkar arahan Shadow, maka dia dan ibunya akan mati di tangan lelaki itu. Meghan hanyalah seorang remaja. Sudah tentu dia berasa sangat takut dan tidak berani meluahkan isi hatinya kepada sesiapa. Lagi pula, dia dan ibunya tidak serapat dulu. Pasti ibunya lebih mempercayai Shadow daripada dirinya sendiri. Meghan buntu.. kepada siapa ingin dia meminta bantuan?

"Are you ready?" Shadow menegurnya di hadapan pintu bilik sambil memegang cermin mata gelap.

Meghan tidak memandangnya langsung.

"Come.." panggil Shadow. Tetapi Meghan bagaikan tunggul kayu, tidak mahu berganjak dari katilnya.

Pak.. pak.. pak..

Perlahan-lahan lelaki itu masuk ke dalam bilik. Dia berhenti tepat di hadapan Meghan.

"Tak nak dengar? Em?" Soalnya.

Meghan masih membisu.

"Alright.. awak nak saya berkasar ya? Sini!" Shadow menjadi berang kerana Meghan tidak mahu mengikutnya keluar.

Meghan ditolak dengan kasar hingga terbaring pada tilamnya!

Buk!

"Ah! Jangan..!!" Jeritnya apabila Shadow menyeluk seluar Meghan untuk memegang alat sulitnya! Dia lantas menahan tangan lelaki itu dari mencabul.

"Nak keluar atau tak?" Shadow menyoal.

Dengan suara tergugup-gugup, Meghan menjawabnya.

"Y.. ya.." nafasnya tersekat-sekat dari berhembusan.

Bibir bawah Shadow yang bertindik ditenung oleh Meghan sejenak. Lelaki itu berdiri semula dan memakai cermin mata gelapnya.

"Mari,"

Meghan terpaksa akur. Dalam keadaan terpaksa, dia keluar dari bilik mengikuti Shadow dari belakang.

Pada masa yang sama, bapa tiri Meghan baru sahaja pulang dari bekerja syif malam. Mereka terserempak dengannya di hadapan pintu rumah.

"Morning, kamu nak ke mana? Meghan tak pergi kolej hari ni?" Dia seraya menyoal kedua-dua adik beradik tiri itu.

"She's sick. Saya nak bawa dia pergi klinik," Shadow menjawab.

Meghan menundukkan kepala ketika ditenung oleh si bapa tiri. Ingin saja dia memberitahukan cerita yang sebenarnya kepada bapa kandung Shadow, tetapi dia tidak ada keberanian itu!

"Sakit? Hm.. baiklah. Jangan bawa dia pergi mana-mana lepas ni." Bapanya memberi nasihat kerana dia tahu Shadow seorang yang sangat suka bersosial di luar.

Shadow tersengih sinis lalu mencebik bibir.

"Awak ingat saya nak bawa budak ni pergi minum arak ke? Saya nak buat baik pun dianggap jahat." Balasnya dengan kasar.

"Shadow, papa tak anggap awak buat jahat. Tapi awak kena tahu baik dan buruk aktiviti sosial awak tu," ujar bapanya pula. Mereka mula berlawan kata.

"Saya cuma nak bawa dia pergi klinik, kenapa sampai ke situ cerita awak? Hal peribadi saya tak ada kaitan dengan semua ni, faham? Saya dah besar, saya tak perlukan nasihat awak lagi." Jawab Shadow dengan pandangan tajam ke arah bapanya. Jelas sekali hubungan anak beranak itu tidak rapat sama seperti Meghan dan ibunya.

ADDICTED 🍻Where stories live. Discover now