Beberapa bulan kemudian..
Malam krismas adalah malam untuk sekeluarga menjamu selera serta menghabiskan masa bersama-sama. Meghan, ibunya dan bapa Shadow duduk semeja di dalam dapur. Beberapa jenis hidangan disajikan di atas meja hasil air tangan si ibu. Malam ini juga sepatutnya malam krismas pertama Meghan bersama keluarga barunya, namun Shadow tidak ada bersama mereka.
'Awak apa khabar, Shadow? Merry Christmas..'
Hati si gadis berbisik mengucapkan selamat buat Shadow yang sudah beberapa bulan tidak dijumpanya. Dari raut wajah orang tua lelaki yang duduk bersama mereka, Meghan tahu dia amat merindui anak lelakinya tetapi senyuman dan gelak tawa menutup wajah sedih itu.
Sedang mereka sekeluarga menjamu selera, tiba-tiba Meghan terpandang sosok tubuh seseorang berdiri di pembukaan pintu dapur sambil membawa beberapa bungkusan hadiah di tangan. Meghan tersentak lalu berdiri, matanya tidak berkelip-kelip langsung. Ibu dan bapa tirinya kehairanan kemudian mereka menoleh ke arah muka pintu.
"Shadow..?" Bapa tiri Meghan lantas menyebut nama anak lelakinya!
Shadow tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam dengan perasaan penuh sebak di dada kerana akhirnya setelah beberapa bulan, dia pulang semula.
"Hai semua.. Merry Christmas.." ucapnya.
Meghan ingin menangis gembira ketika melihat si abang tiri, tetapi dia menahan rasa itu. Ucapan Shadow sempena hari natal itu dibalas mesra oleh ketiga-tiga orang yang ada di dapur. Bapanya bingkas bangun dari kerusi lalu menangkap badan Shadow ke dalam pelukan.
"Papa dah lama tunggu awak balik Shadow.." bisik si bapa.
Pelukan itu dibalas, tetapi anak mata Shadow melirik ke arah Meghan.
"I'm home now.." balasnya.
Selepas saja berbalas pelukan dengan bapa dan ibu tirinya, Shadow datang kepada Meghan. Sebuah kotak hadiah dihulurkan kepada gadis itu.
"For you.." katanya.
Meghan mendongak melihat Shadow, hadiah di tangannya disambut tanpa menolaknya. Meghan tersenyum.
"Thank you.. sorry, saya tak ada hadiah nak berikan sebab saya tak tahu yang awak balik hari ni.." balas Meghan.
"Tak apa," sahut Shadow lalu duduk pada bangku meja makan bersebelahan dengan Meghan.
Jari jemarinya bergenggaman menahan diri dari memeluk Meghan di depan ibu bapa mereka. Betapa kuat hatinya ingin mengucup gadis itu! Tetapi niat tersebut ditepis dari fikiran.
Ibu Meghan mempelawanya makan malam bersama. Mereka berbual sakan pada malam krismas bagaikan keluarga bahagia. Shadow turut memberikan hadiah kecil untuk ibu tiri dan bapanya pada hari ini.
Selepas saja mereka selesai makan malam, mereka bersantai pula di ruang tamu. Banyak perkara yang Shadow ceritakan sepanjang ketiadaannya di rumah beberapa bulan yang lalu. Meghan duduk di atas lantai merenung Shadow yang tampak berbeza sekali daripada dahulu. Gadis itu memasang telinga menjadi pendengar segala cerita si abang tiri. Tidak lama kemudian, Shadow mengeluh.
"Sebenarnya hari ni.. saya nak beritahu sesuatu. Ia mungkin akan mengejutkan kamu dan mungkin akan membenci saya seumur hidup, tapi.. saya tak boleh rahsiakan benda ni sampai bila-bila. Dan.. saya nak bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan." Shadow mengulas panjang.
YOU ARE READING
ADDICTED 🍻
RomanceI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 P/s. Jangan baca kalau kamu rasa kamu alim. 🔞🔞 Genre : Romance, Violence Lang : Malay, English Em.. cerita pasal.. tah la. Sy saja2 tulis ni. Boring ba sy crita romance yg besa2. Ganas2 sikit bru siok. 🤣...