Ten

356 46 6
                                    

"Hyung, kerja aku dah settle kan? Aku nak bahagian aku.." Kata Jimin.

"Bahagian? Settle? Hahaha belum lagi" jawab hyungnya sambil gelak devil.

"Apa lagi..?" Jimin mengeluh.

"Buat sampai keenam enam kawan kau tu mati" kata kata hyung Jimin itu mengundang tumbukan padu daripada Jimin.

Hyung Jimin batuk keluar darah.

"Aku takkan buat lah! Bodoh!" Marah Jimin. Nafasnya turun naik menahan marah.

"Kau yang janji dengan aku plan ni! Sekarang ni siapa yang bodoh? Kau ke aku?!"

"Tak! Aku takkan buat! Aku rela tak dapat harta tu daripada aku bunuh kawan kawan aku!" Bantah Jimin lalu menumbuk meja.

"Kawan kau tak mati, biar kau mati!"

"Bunuh lah! Bunuh aku! Aku rela lah bodoh!" Cabar Jimin sambil menumbuk numbuk dada nya.

"Mampus kau!"

Hyung Jimin mencekik Jimin sekuat hatinya lalu menyiku dada Jimin sehingga Jimin tak boleh bernafas.

Jimin tak menolak malah dia membiarkan sahaja.

Hyungnya menikamnya pula dengan pisau di bahagian dada.

Jimin jatuh terjelepok ke lantai. Darah tak berhenti henti keluar daripada dadanya.

Hyungnya larikan diri.

"Bang..tan.." Panggil Jimin namun tiada sesiapa yang dengar di dalam gedung lama itu.

Seorang pengawal keselamatan memeriksa kawasan gedung itu

"You makin' me a boy with luv oh mymymy OH MY!!! Encik? Encik!" Pengawal itu ternampak Jimin berlumuran darah. Dia call ambulans dan ambulans membawa Jimin ke hospital.

Jungkook mendapat panggilan daripada pihak hospital mengenai Jimin. Dia memberitahu Jin dan Jin memberitahu bangtan yang lain.

"Jimin macam mana?" Soal Tae kepada bangtan yang lain kerana Tae sampai lewat sedikit.

"Tak tahu.. Doktor still tengah cek dia.." Jawab Jin.

"Ni semua mesti sebab kau!" Marah Suga kepada Tae. Tae dongakkan kepala tengok Suga.

"Aku? Aku?! Hey kalau ni semua sebab aku, aku takkan datang sini lah tanya keadaan dia!" Tae menolak bahu Suga.

"Huh. Alasan! Aku tahu lah ni semua sebab kau! Kau je yang tak puas hati dengan Jimin!"

"Bukti? Bukti!"

"Ni semua keluarga Park Jimin ke?" Doktor keluar dari bilik kecemasan itu.

"Kami housemate dia.. Dia macam mana?" Soal Jin dengan risau.

"Dia kehilangan banyak darah.. Ada yang boleh derma sebab jenis darah pesakit tak cukup stok di hospital kami" kata doktor itu.

"Saya. Doktor ambik darah saya" Tae tawarkan diri. Bangtan terkejut.

"Tae, aku tak benarkan" kata Namjoon.

"Biar. Ni semua salah aku. Doktor, please" rayu Tae kepada doktor itu. Doktor mengangguk.

Tae tengok Namjoon. Namjoon paparkan riak marahnya.

"Aku ok hyung.." Bisiknya kepada Namjoon.

Tae mengikut doktor itu ke bilik pemeriksaan.

Keesokkan harinya, Jimin sedar.

"Eh.. Hyung! Jimin hyung dah sedar!!" Kata Jungkook kepada bangtan.

"Kau okey? Ada sakit?" Soal Jin sambil memeriksa Jimin.

Jin pernah jadi nurse setahun and dah berhenti.

"Sakit skit dekat dada.." Kata Jimin sambil memegang dadanya.

"Suga, panggil doktor" arah Jin. Suga panggil doktor.

Jimin tengok satu per satu ahli bangtan.

"Benci sangat ke Taehyung dekat aku? Mana dia?" Soal Jimin kepada bangtan.

"Ntah dia tu.." Kata Jhope lalu mengetap bibirnya.

"Biar dialah Jimin.. Sekarang kau rehat" kata Jin.

Doktor datang memeriksa keadaan Jimin.

"Awak dah stabil.. Kalau esok awak ok, esok saya keluarkan awak dari wad. Tapi awak still kena makan ubat sebab darah awak ni didermakan oleh orang lain.. So ia still tak sesuai dengan awak" terang doktor.

"Boleh saya tahu siapa yang dermakan untuk saya tu?" Soal Jimin.

"Maksud saya.. Darah tu darah yang sedia ada dihospital.." Tipu doktor itu. Jimin mengangguk faham. Doktor itu beredar.

"Hyung.. Jimin dah sedar..?" Perlahan suara Taehyung tanya Namjoon.

"Dah.. Dia okey.. Kau jangan risau.." Jawab Namjoon sambil mengacau bubur ingin menyuap Tae.

"Aku? Bila boleh..keluar?" Tanya Taehyung lagi.

"Kau? Keluar? Kau lemah gila, Tae.. Tahu dah diri tu ada penyakit pergi cari nahas jugak.."

"Aku sihat lah hyung.. Cuma letih je.. Hehe" Tae senyum ikhlas. Namjoon tengok muka pucat Taehyung. Dia menggeleng gelengkan kepala.

Seminggu kemudian..

Jimin bekerja seperti biasa. Tiba tiba dia menghempas kertas kertas kerjanya.

"Mana kau, Tae.. dah seminggu aku tak nampak kau.." Resah Jimin.

Sementara itu dirumah Taehyung..

Taehyung menelan beberapa biji ubat. Yup, dia semakin pulih tapi dia masih takut berdepan dengan Jimin jika wajah dia pucat dan badan nampak lemah.

"Bilalah aku ni nak sihat.. Asyik sakit je.." Luah Taehyung.

"Tapi kalau aku tak jumpa dia, mesti dia cari aku.. Dia dahlah ramai spy.. Haish.." Keluh Tae. Dia pun bersiap siap.

Tok tok tok!

"Masuk" kata Jimin yang tengah kusyuk menaip di komputernya.

Taehyung masuk.

"Tae.. Kenapa kau datang?" Soal Jimin. Dia sebenarnya lega nampak Tae dihadapan matanya walaupun Tae pakai mask.

"Saje tengok kau. Ntah hidup ke mati" kata Tae selamba. Jimin mengetap bibir geram.

"Dah tengok kan? Nampakkan yang aku hidup sihat ni? So bla lah. Buat sakit mata je" jeling Jimin. Tae agak terkilan dengan kata kata Jimin tapi dia tahu yang Jimin tak tahu dia yang dermakan darah untuknya.

Taehyung berpaling untuk keluar tiba tiba sakitnya kembali. Dia mengedip ngedipkan matanya untuk tak pitam.

Tapi dia tak larat. Dia jatuh melutut.

"Eh.. Taehyung! Kau ok tak?!" Gelabah Jimin memegang bahu Tae.

Taehyung tepis tangan Jimin.

"Aku oklah! Jangan sentuh aku!" Dengan kekuatan yang dia ada, dia berlari keluar dari ofis Jimin.

"Kau kenapa, Tae?" Jimin menyoal diri sendiri. Lalu dia menjongket bahu dan membiarkan sahaja.

To Be Continued

Updated: 3 December

태태

[✓] Dendam | Park JiminWhere stories live. Discover now