Bangtan balik kerumah selepas berkaraoke. Tapi Jimin hanya menghantar bangtan.
"Kau nak pergi mana lagi chim? Dah pukul 3 pagi ni.." Soal Suga.
"Ada kerja skit..korang rehat jela eh? Tak yah tunggu aku" pesannya. Mereka mengangguk dan beransur masuk ke rumah kecuali Taehyung yang masih berdiri di pintu kereta. Jimin jongketkan keningnya.
"Take care" ujar Tae. Jimin angguk. Jimin tukar gear untuk undurkan kereta. Sempat dia pandang Tae sekilas tadi. Dia nampak yang Tae smirk dekat dia. Dengan penuh tanda tanya, Jimin pergi dari situ.
Jimin memberhentikan kereta di tepi bukit. Dia tengok langit.
"Aku..aku tak nak buat tapi hyung.." Jimin mengeluh.
"Yo Jimin! Wassup?!" Seseorang tepuk bahunya.
Jimin tengok orang itu.
"Eh..kau rupanya Kai.."
Kai hanya senyum.
"Lama tak jumpa kau..sihat? Bangtan macam mana?" Soal Kai sambil bersandar di pintu kereta Jimin.
"Sihat.." Jimin mengeluh sekali lagi bila fikir pasal bangtan.
"Chim.. Mesti hyung kau still tak tukar fikiran kan?" Kai meneka. Jimin angguk lemah. "Kau rasa kau nak buat? Aku rasa macam tak adil kau nak buat bangtan macam tu...dorang baik dan langsung tak ambik kesempatan dekat kau..hyung kau pulak harta harta harta..bangtan sentiasa ada untuk kau.. Kau sanggup seksa dorang?" Kai menyedarkan Jimin.
"Aku sayang hyung aku.."
"Habistu kena korbankan kebahagiaan bangtan untuk bahagiakan hyung kau? It's not fair, Jimin.."
Jimin diam sejenak.
"Macam nilah..kau fikir masak masak.. And jangan sesekali lari dari masalah.. Ada apa apa roger aku.. Datangla rumah aku kalau free.. Yeon tu rindu sangat dengan kau" ujar Kai. Jimin tersenyum teringatkan anak Kai dan isterinya, Yeon yang berumur 5 tahun itu.
"Ok..thanks Kai.." Jimin peluk Kai. Kai menepuk belakang Jimin bagi semangat. "No problem, friend.. Aku pergi dulu.. Nanti bising si Hani tu.." Kai masuk kedalam keretanya. Dia melambai Jimin dan Jimin lambai semula. Jimin hanya tengok kereta Kai yang makin hilang daripada pandangan itu.
Jimin fikir kata kata dan nasihat Kai tadi. Dia mengangguk angguk.
Jimin balik kerumah. Dia balik balik je nampak bangtan yang tidur diruang tamu dengan TV yang terbuka. Jimin pun tutup TV. Dia tengok keadaan bangtan tidur. Semua tak teratur. Ada yang tak berlapikkan bantal, ada yang tergolek jauh dari yang lain, ada yang menghisap jari dan ada juga yang mengigau.
Jimin menggelengkan kepala dan tersenyum tengok mereka. Satu satunya yang tidur secara normal ialah Namjoon. Jimin betulkan keadaan mereka semua.
Jungkook yang mengigau itu dia dodoikan.
Jhope, Suga yang tidur tidak berlapikkan bantal dia lapikkan bantal.
Jin yang tergolek jauh itu dia angkat dan bawa ke bangtan yg lain.
Dan akhir sekali, Taehyung. Dia tidur sambil hisap ibu jarinya. Jimin tersenyum. Dia selimutkan Taehyung.
Jimin pun baring sebelah Tae dan tidur bersama mereka.
"Jimin~"
Jimim terbangun dengar panggilan tu.
"What the- ahhh!!"
To Be Continued
♡
YOU ARE READING
[✓] Dendam | Park Jimin
Fanfic"Bunuh bangtan" "Takkan! Bangtan kawan aku daripada kecil! Susah senang kami bersama! Aku takkan buat kerja gila tu! Kau bunuh jelah aku!" "Aku hyung kau atau bangtan yang menyusahkan kau tu?" "Apa aku dapat kalau aku dapat bunuh dorang ha?!" Nak ta...