15 . January . 2002
10 . 00 a.m.
" Okay, semua dah boleh pergi rehat. Jangan lupa lepas makan gosok gigi ya. "
Kesemua kanak-kanak di kelas itu mula berpusu-pusu keluar dari kelas mereka dan menuju ke kantin untuk menjamah makanan mereka.
Ryujin berjalan beriringan dengan Mika tetapi dia masih lagi mencari di mana kelibat Taehyung.
Sejak mereka masuk ke alam sekolah rendah, Ryujin dan Taehyung tidak lagi duduk semeja kerana Mika mahu duduk bersama-sama dengan Ryujin.
Taehyung pula duduk bersama Joohyun di bahagian yang agak belakang kerana kedua-dua mereka lebih tinggi.
" Erm.. Mika, kau nampak tak Taehyung ? Joohyun ke ? " soal Ryujin sambil memberhentikan jalannya untuk melihat dan mencari kelibat Taehyung.
Mika turut menghentikan langkahnya dan turut melilau mencari Taehyung dan Joohyun.
Mika menggelengkan kepalanya perlahan. " Diorang pergi main kot. " balas Mika kemudian dia menarik lengan Ryujin menuju ke sebuah meja yang masih tidak diduduki.
Ryujin mengeluh berat sambil membuka bekal makanannya. Dia bagaikan tidak sedap hati kerana tidak nampak di mana kewujudan Taehyung.
" Kau bawa bekal apa hari ni, Ryu ? " soal Mika sambil cuba menelik bekal makanan milik Ryujin.
Ryujin memandang ke arah bekal makanannya kemudian dia tersenyum kecil.
" Aku bawa nasi goreng kimchi. Kau ? " balas Ryujin berbalik soalan. Dia turut menjengketkan sedikit kakinya untuk melihat bekal makanan Mika.
" Aku bawa omelet ! Jom kongsi nak ? " cadang Mika kerana dia teringin mahu merasa nasi goreng kimchi milik Ryujin yang kelihatan amat mengiurkan itu.
Ryujin menganggukkan kepalanya laju lalu kedua-dua mereka mengambil sedikit makanan masing-masing dari bekal masing-masing.
Terlupa sekejap tentang Taehyung, Ryujin asyik sangat menjamah makanannya.
°♡°♡°♡°♡°
15 . January . 2002
1 . 15 p.m.
Kring !
Ryujin dan Mika mula mengemas alat tulis masing-masing. Mika yang terlebih dahulu siap mengemas terus mengucapkan selamat tinggal kepada Ryujin dan berlari ke arah ibunya.
Disebabkan Mika terpaksa pergi ke tempat kerja ibunya selepas balik sekolah, dia tidak dapat berjalan kaki balik ke rumah bersama-sama dengan Ryujin, Taehyung dan Joohyun.
Kadang-kadang Joohyun pun tidak ikut mereka berjalan kaki pulang ke rumah dan alasannya ialah malas jalan kaki.
" Taehyung-ah ! " panggil Ryujin sebaik sahaja dia siap mengemas barangannya.
Tetapi tiada sahutan dari Taehyung. Ryujin mengerut kecil. Di mana Taehyung ? Waktu rehat tadi pun tak nampak kelibat dia.
Tak mungkinlah dia tidak hadir ke sekolah kerana mereka berdua berjalan ke sekolah bersama-sama pagi tadi.
Ryujin mula melangkah keluar dari kelasnya dan melilau di sekitar blok untuk mencari keberadaan Taehyung.
Dia melepaskan keluhan berat. Di mana Taehyung ni ? Kepalanya yang tidak gatal itu digaru kecil.
YOU ARE READING
#6 let go [ C ]
FanfictionSleep Tight . Sleep Well . Everything's gonna be just right . Don't worry . Now , It's time to say good bye and let go . Start [ 12 . 9 . 2019 ] End [ 17 . 9 . 2019 ]