1 . September . 2016
7 . 30 p.m.
" Taehyung ! Bangunlah weh ! Bangun ! Taehyung ! " kejut Jimin sambil menggoyang-goyangkan tubuh Taehyung yang ditutupi dengan selimut itu.
Taehyung perlahan-lahan membuka matanya yang sembap akibat menangis seharian.
Sejak pertemuan tidak diduga antara dia dan Ryujin semalam, dia tidak henti-henti dari mengeluarkan air matanya.
Wajahnya tidak kering akibat daripada air mata yang tidak henti-henti mengalir itu.
Sejak dari itu juga dia langsung tidak keluar dari bilik. Tidak makan. Tidak minum. Tidak mandi.
Hanya berkurung sahaja di dalam bilik dan meminta agar member yang lain tidak mengganggu kententeramannya.
" Apa kau nak ? " soal Taehyung perlahan tanpa memandang wajah Jimin langsung.
Siapa je tidak tahu tentang perangai Taehyung yang kuat cemburu itu ?
Sejak dari sekolah rendah lagi dia sudah cemburu apabila Ryujin rapat dengan Jimin, inikan bila dia dapat tahu yang Jimin memendam perasaan terhadap Ryujin.
Bila-bila masa sahaja Jimin boleh merampas Ryujin dari dirinya.
" Aku nak tolong Ryujin explain semuanya pada kau. " balas Jimin sambil menarik hujung selimut Taehyung agar Taehyung memberi sepenuh tumpuan padanya.
Taehyung menggenggam erat selimutnya, tidak membenarkan Jimin menariknya meninggalkan tubuhnya.
" Tak payah nak explain apa-apa. Aku tak nak dengar. " ujar Taehyung acuh tak acuh.
Jimin melepaskan keluhan berat kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu dihulurkannya pada Taehyung.
Taehyung memandang kosong pin rama-rama kepunyaan Ryujin itu. Ya, dia ingat lagi bahawa Ryujin pernah menyatakan bahawa pin rama-rama tersebut membawa tuah padanya.
Ma-macam mana ia boleh berada di tangan Jimin ?
" Kenapa kau yang pegang pin ni ? " soal Taehyung dingin.
Jimin melepaskan keluhan berat kemudian dia meletakkan pin rama-rama tersebut pada tapak tangan kanan Taehyung.
Taehyung masih lagi memalingkan wajahnya dari memandang wajah Jimin, langsung tidak berganjak dari posisinya.
" Aku tak kisahlah kalau kau tak nak pandang aku ke apa ke tapi aku memang kena tolong Ryujin jelaskan semuanya pada kau. "
" Kenapa kau beria nak tolong dia ? Sebab kau su- "
" Ya, Taehyung ! Aku sukakan Ryujin ! Okay, aku mengaku tu. Tapi kau tak nampak lagi ke yang Ryujin langsung takde perasaan dekat aku ? Dia layan aku sekadar kawan biasa je tapi kau tak nampak ke cara layanan dia pada kau ? Kau buta ke Taehyung ? " soal Jimin geram sehingga nafasnya turun naik menahan marahnya dari terhambur keluar.
Taehyung hanya diam membisu mendengarkan soalan Jimin itu. Air matanya sekali lagi mulai bertakung di tubir matanya.
Oh, sungguh dia berhati tisu sekarang.
" Taehyung-ah, kau bertuah tau sebab dapat bestfriend macam Ryujin. Dia tak pernah pun sesekali lupakan kau. Masa kau jadi trainee dulu, dia yang tak putus-putus support kau. Even bila kau dah berjaya sekarang, dia masih lagi berkawan dengan kau. Kau tak nampak ke betapa kau bermakna buat dia ? "
Jimin menghentikan kata-katanya untuk menarik nafasnya sekali lagi.
" Even bila kau cemburu sebab aku cuba rapat dengan dia, dia tetap juga kata hanya kau je ada dalam hati dia. Tu bukan bermaksud dia anggap kau lebih dari kawan ke, Taehyung ? "
YOU ARE READING
#6 let go [ C ]
FanfictionSleep Tight . Sleep Well . Everything's gonna be just right . Don't worry . Now , It's time to say good bye and let go . Start [ 12 . 9 . 2019 ] End [ 17 . 9 . 2019 ]