13 . June . 2013
8 . 00 p.m.
Ryujin melepaskan keluhan kecil sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam lobi hospital.
Agak terasa jugalah mendengarkan kata-kata Taehyung sebentar tadi. Takde niat langsung untuk dia lupaka Taehyung dan tak mungkin dia akan lupakan jejaka itu.
Rakan karibnya dari mereka berusia lima tahun dan sekarang masing-masing sudah 18 tahun.
Tak mungkinlah dapat lupakan macam tu saja.
Ryujin mengatur langkahnya perlahan menuju ke lift untuk ke tingkat enam, di mana bilik Puan Shin terletak.
Setibanya di tingkat enam, Ryujin terkejut melihatkan para jururawat mula berlari ke hulur ke hilir bagaikan dikejar anjing.
Ryujin memerhatikan tingkah laku jururawat tersebut sambil memegang dadanya. Kenapa tiba-tiba saja berdegup kencang ni ?
Ryujin pantas mengatur langkahnya menuju ke bilik yang menempatkan Puan Shin. Tetapi Puan Shin tiada di dalam bilik tersebut.
Ryujin pantas berlari ke luar dari bilik tersebut lalu dia menahan seorang jururawat yang sedang berlari sambil membawa fail di tangannya.
" Excuse me, miss. Saya kena cepat ni jadi ada apa-apa yang boleh saya bantu ? " soal jururawat itu dalam nada tergesa-gesa.
Ryujin menelan liurnya yang terasa bagaikan batu kerikil melalui kerongkongnya.
" Ma-mana omma saya ? Puan Shin Oh Na, mana dia ? " soal Ryujin sambil menggoyang-goyangkan lengan jururawat itu.
Membulat sejenak mata jururawat itu mendengarkan soalan Ryujin.
" Kamu anak Puan Shin ya ? Boleh ikut saya jumpa dengan doktor sekarang ? " soal jururawat itu.
Ryujin menganggukkan kepalanya laju lalu dia terus membuntuti langkah jururawat itu dari belakang.
°♡°♡°♡°♡°
13 . June . 2013
8 . 24 p.m.
" Taehyung-ah, pergi makan cepat. Hyung nak basuh pinggan tu semua. " ujar Yoongi sebaik sahaja Taehyung melangkah masuk ke dalam dorm.
Taehyung mengerutkan keningnya memandang wajah Yoongi. Sejak bila pula Yoongi rajin nak basuh pinggan mangkuk semua ni ?
" Hyung tau mesti Tae pelik kenapa hyung yang kena basuh. Tadi kitorang main osom pastu hyung kalah so faham-faham jelah apa denda dia. " ujar Yoongi lalu dia terus melabuhkan punggungnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu.
Taehyung tergelak kecil mendengarkan luahan Yoongi itu. Sudah dia agak ada sesuatu yang menyebabkan Yoongi terpaksa membasuh pinggan.
Jika tidak, mana mungkin seketul Yoongi itu rajin mengangkat punggung pergi basuh pinggan di dapur.
Taehyung membuka seliparnya, susun di atas rak lalu dia mengatur langkahnya menuju ke dapur untuk menjamah makanan yang disediakan.
Setibanya dia di dapur, kelihatan Jimin dan Jungkook masih sedang menikmati stew kimchi yang dihidangkan.
Taehyung mengeluh kecil lalu dia menggelengkan kepalanya perlahan. Memandang Jimin dan Jungkook mengingatkan tentang perbualan antara dia dan Ryujin ketika di dalam bas sebentar tadi.
YOU ARE READING
#6 let go [ C ]
FanfictionSleep Tight . Sleep Well . Everything's gonna be just right . Don't worry . Now , It's time to say good bye and let go . Start [ 12 . 9 . 2019 ] End [ 17 . 9 . 2019 ]