[ 2 . 3 ]

34 3 0
                                    

14 . June . 2013

9 . 00 a.m.

Taehyung terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebaik sahaja mereka selesai membuat persembahan.

Telefon pintarnya di pandang sekilas dan dia tersenyum sinis melihatkan missed call yang bertubi-tubi dari Ryujin.

Tubuhnya dipeluk sambil memandang ke arah telefon pintarnya. Dibiarkan saja telefon pintarnya berdering.

Langsung tak ada rasa nak ambil dan jawab panggilan dari Ryujin.

Tapi jauh dalam sudut hati, nak saja dia angkat. Tapi tulah, ego tinggi. Degil. Keras kepala. Semua tu ada dalam kepala otak seketul Taehyung sekarang.

" Biar kau rasa macam mana rasa dia bila aku call kau berkali-kali tadi tapi kau tak angkat pun. " ujar Taehyung perlahan kerana takut didengari oleh orang lain.

Seketika kemudian, telefonnya mula berhenti berdering. Taehyung mengerutkan keningnya memandang telefonnya.

Takkan dah give up ?

Taehyung kemudiannya memalingkan pula pandangan pada Jimin di sebelahnya yang sedang berbalas pesanan teks dengan seseorang.

Taehyung menjulingkan matanya ke atas. Itu mesti Ryujin. Sebab tu Ryujin stop call dia.

Urgh !

Cemburunya !

" Taehyung-ah... baik kau call Ryujin semula. Dia ada hal penting nak bagitau kau tu. " ujar Jimin sambil menggoyang-goyangkan lengan Taehyung.

Taehyung mengerutkan keningnya memandang Jimin. Pantas tangan Jimin ditepisnya.

" Kalau dia ada hal penting, asal dia tak mesej aku sendiri ? " soal Taehyung sambil menyilangkan tangannya memandang Jimin.

Jimin mengeluh berat sambil meramas rambutnya ke belakang. Wajah Taehyung dipandangnya dengan gelengan.

Kalau boleh, nak je tumbuk muka tembok Taehyung tu sekarang.

" Tae, aku tak tahulah nak kata kau ni bangang ke bengong. Kau tak nampak ke Ryu dah call kau berkali-kali ? Tu, notification mesej masuk, kau tak nampak ? " soal Jimin semula sambil menjentik dahi Taehyung.

Taehyung mendengus kecil kemudian dia menjulingkan matanya ke atas. Kepalanya digeleng perlahan.

" Aku tak nak call dia balik. " ujar Taehyung mengundang kemarahan dari Jimin.

Pantas Jimin menyepak kerusi yang diduduki oleh Taehyung, mengundang mata-mata manusia lain memandang ke arah mereka berdua.

Taehyung terus bangun dari duduknya lalu menolak bahu Jimin sehingga dia bergerak sedikit ke belakang.

" Apa masalah kau ?! " soal Taehyung dalam nada yang tinggi.

Jimin mendengus geram lalu dia melangkah menghampiri Taehyung semula.

" Aku suruh kau call Ryujin balik, tu pun susah ke untuk kau buat ? Aku tak tahulah apa masalah kau dengan aku tapi Ryujin perlukan kau sekarang ! " balas Jimin juga dengan nada yang tinggi.

Apa dua-dua ketul manusia ni tengah berlatih vokal ke ? Terjerit-jerit. Aish.

Taehyung mencekak pinggangnya memandang Jimin dengan kepala yang disengetkan sedikit.

" Kenapa pula dia perlukan aku ? Semalam dia bukan nak pujuk aku pun. " balas Taehyung sambil menjulingkan matanya ke atas, mengundang kemarahan Jimin.

Jimin terus membuka aplikasi KakaoTalk di telefon pintar miliknya lalu diserahkan kepada Taehyung.

" Kau baca tu ! " arah Jimin kepada Taehyung dengan mata yang mulai berair.

#6 let go  [ C ]Where stories live. Discover now