[ 2 . 6 ]

33 3 0
                                    

30 . August . 2016

12 . 30 p.m.

" Argh ! Penatnya ! " keluh Yoongi sebaik sahaja mereka menamatkan persembahan mereka.

Jam di dinding dipandangnya sekilas sebelum dia membaringkan badannya di atas sofa. Sepantas kilat, matanya sudah tertutup dan dirinya dibuai jauh ke dalam arena mimpi.

Namjoon menggelengkan kepalanya perlahan melihatkan perangai Yoongi. Mana tak penatnya kalau malam-malam je berjaga gubah lagu sampai ke siang ?

Pagi-pagi dah kena kerah pergi praktis atau bersiap-siap untuk membuat music show.

Bila je masa yang sesuai untuk tidur ? Sah-sah lah penat kalau jadual rehat tak tentu masa.

Alamak, terbebel pula.

" Hyung, esok kita ada apa-apa show atau schedule ke ? " soal Jungkook sambil membuka kemeja biru yang dipakainya.

Sudah habis basah lencun kemeja tersebut hasil daripada peluh si arnab tua itu yang mencurah-curah.

Namjoon menggelengkan kepalanya laju dengan senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya yang comel.

" Esok sehari je kita ada masa free. So, esok rehatlah secukupnya okay ? And one more thing, lusa schedule kita akan terus pack sampai 3 September, hari kita persembahkan private stage pertama di Korea. " terang Namjoon kemudian dia melabuhkan dirinya yang kepenatan itu di atas sebuah kerusi.

Jungkook menganggukkan kepalanya tanda faham lalu dia terus menuju ke tempat hidangan makanan untuk mengisi perutnya yang kosong.

" Nak banana milk ! " laung Jungkook lalu terus dia memecut laju bagi mendapatkan susu banana kegemarannya.

Jimin dan Taehyung yang baru sahaja tiba di backstage dari tandas itu terus melabuhkan punggung mereka di atas sebuah sofa empuk.

Taehyung terus menyandarkan badannya pada kepala sofa kemudian dia menghela nafas lega.

Sedapnya dapat duduk.

Jimin hanya memerhati dengan sengihan kemudian dia bersuara. " Taehyung-ah, esok kau ada apa-apa plan tak ? "

Taehyung menolehkan pandangannya memandang Jimin kemudian dia mengangguk laju dengan senyuman petaknya.

Jimin mengerutkan keningnya memandang Taehyung. Time nak rehat pun dia ada plan ? Busy betul hidup.

" Kau buat apa esok ? "

Taehyung terus mengubah posisi duduknya agar badannya dapat berhadapan dengan badan Jimin.

Senyuman petak masih tidak lekang dari menghiasi wajahnya. Amboi ! Teruja nampak.

" Aku nak jumpa Ryujin esok. Dah lama tak jumpa dia. Rindu weh ! " balas Taehyung sambil memeluk tubuhnya sendiri sambil membayangkan dirinya sedang memeluk Ryujin.

Jimin menggelengkan kepalanya melihatkan telatah Taehyung. Kemudian dahi Taehyung dijentiknya perlahan membuatkan Taehyung mengaduh kecil.

" Baru seminggu tak jumpa dia dah rindu. Habis kalau kita pergi tour nanti, tak ke kau meroyan sebab terpaksa tinggalkan dia lama-lama ? " sindir Jimin dengan sengih sengetnya.

Taehyung menjulingkan matanya ke atas lalu dia kembali memandang Jimin. Kepalanya digelengkan perlahan dengan sebaris senyuman mengundang wajah penuh tanda tanya si Jimin.

Asal pula tetiba geleng kepala sambil sengih-sengih ni ? Seramla..

" Kalau pergi tour nanti pun, aku still dapat tengok muka dia melalui video call jadi lepaslah juga rindu dekat dia. Tapi lainlah kalau dia betul-betul tak ada dekat pandangan aku dah. Memang sedih gila aku kalau tak dapat jumpa dia sehari. " ujar Taehyung kemudian dia memuncungkan bibirnya.

#6 let go  [ C ]Where stories live. Discover now