25 . May . 2009
8 . 00 a.m.
" Mika, petang nanti teman aku pergi kedai kek boleh ? " soal Ryujin separa bisik kepada Mika. Wajah Taehyung yang sedang berangan di tempat duduknya itu dipandang sekilas.
Mika mengerutkan keningnya memandang Ryujin. Pen di tangannya itu diletakkan di bawah dagunya.
" Untuk apa ? Birthday siapa ? " soal Mika sambil melilaukan pandangannya ke keliling kelasnya.
Ryujin melepaskan keluhan kecil kemudian dia memegang kedua-dua belah pipi Mika agar gadis itu menghadap memandangnya.
Ryujin membuat isyarat mata kecil ke arah Taehyung yang masih lagi sedang berangan itu. Entah ke negara manalah fikirannya telah melayang.
Mika menggelengkan kepalanya perlahan. Masih tidak dia faham tentang apa yang Ryujin cuba sampaikan.
" Kau lupa ke yang Taehyung dapat lepas ujibakat tu ? " soal Ryujin dengan nada yang sengaja dia keraskan.
Mika mengangguk kepalanya laju dengan mulutnya berbentuk ' o ' .
" So kau nak beli kek untuk buat ala-ala farewell party la untuk Taehyung ? " soal Mika bagi meminta kepastian.
Ryujin akhirnya menganggukkan kepalanya dengan senyuman yang mulai melebar. Secara spontan, Mika turun menganggukkan kepalanya perlahan.
" Boleh boleh. No problem ! " balas Mika sambil mengangkat ibu jari belah kanannya kepada Ryujin.
Ryujin melepaskan pipi Mika dari pegangannya lalu dia membuat tanda ' okay ' menggunakan jarinya dan mengenyitkan matanya kecil.
Ryujin kemudiannya kembali menghampiri Taehyung di mana tempat duduknya terletak.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung, dia menongkatkan dagunya memandang wajah Taehyung di sebelahnya dengan senyuman nipis.
Petang esok Taehyung sudah akan mula pindah ke Seoul. Dia akan menjadi trainee di BigHit dan pada masa yang sama, dia juga akan belajar di Seoul.
Dan jelas sekali membawa maksud bahawa Taehyung tidak lagi akan menetap di Daegu. Bermakna tempat yang diduduki Taehyung itu suatu hari nanti akan menjadi tempat duduk manusia lain.
Tanpa Ryujin sedar, air mata sudah bertakung di tubir matanya. Hanya mengangankan saja sudah membuatkan dia mahu menangis, bagaimana pula jika Taehyung benar-benar pergi esok ?
Tidak ke gadis itu akan meraung atas pemergian sahabat karibnya ?
" Ryujin-ah, kau menangis ke ? " soal Taehyung tiba-tiba memecahkan lamunan Ryujin.
Ryujin pantas mengelipkan matanya dan menyeka air matanya yang jatuh setitik menggunakan hujung jarinya.
Sebaris senyuman yang menampakkan giginya dihadiahkan kepada Taehyung sambil dia menggeleng perlahan.
" Ma-mana ada aku menangis. " balas Ryujin cuba menafikan kenyataan.
Taehyung tersenyum nipis kemudian rambut Ryujin diusapnya perlahan dan ditepuknya beberapa kali.
" Aku akan rindukan kau juga nanti. Jangan risau Ryu, aku takkan lupakan princess aku ni. " ujar Taehyung perlahan tetapi jelas kedengaran di pendengaran Ryujin.
Mata Ryujin sekali lagi berair dengan air matanya. Dia menganggukkan kepalanya laju kemudian bahu Taehyung dipeluknya erat.
" Aku akan sentiasa support kau. "
°♡°♡°♡°♡°
25 . May . 2009
YOU ARE READING
#6 let go [ C ]
ФанфикSleep Tight . Sleep Well . Everything's gonna be just right . Don't worry . Now , It's time to say good bye and let go . Start [ 12 . 9 . 2019 ] End [ 17 . 9 . 2019 ]