[ 2 . 7 ]

39 3 0
                                    

31 . August . 2016

2 . 30 p.m.

" Eh, bukan ke kau nak date dengan Ryujin hari ni ? Asal tak mandi-mandi lagi ? " soal Jimin yang secara kebetulan lalu di hadapan bilik Taehyung.

Taehyung mendengus kecil lalu dia menekupkan wajahnya menggunakan bantal busuk kesayangannya.

Jimin menggaru kecil kepalanya yang tidak gatal itu tatkala melihatkan aksi Taehyung yang tiba-tiba.

Dah kenapa pula ni ?

" Woi, amende lagi masalah kau ni ? Gaduh lagi ke dengan Ryu ? " soal Jimin sambil menepuk punggung Taehyung membuatkan Taehyung mengangkat wajahnya menjeling Jimin tajam.

Suka hati raba-raba orang. Kaki nak kaki ?

Taehyung terus terduduk di atas katilnya sambil meramas-ramas rambutnya yang serabai itu. Keluhan berat dia lepaskan sebelum dia memandang wajah Jimin semula dengan cebikkan.

" Ryu tak nak keluar dengan aku. " omel Taehyung perlahan kemudian dia melentokkan kepalanya pada bahu Jimin.

Jimin mengerutkan keningnya mendengarkan omelan Taehyung itu. Pelik ni bila Ryujin yang tolak pelawaan nak berjumpa.

Selalunya dia yang beria-ria gembira bila Taehyung ajak dia keluar.

" Mesti ada sebabkan kenapa Ryu tak boleh keluar dengan kau ? " soal Jimin lagi.

Taehyung melepaskan dengusan geram kemudian dia menyilangkan tangannya.

" Dia kata dia busy. " balas Taehyung dengan nada malas-malas.

Jimin menganggukkan kepalanya sambil membuat mulut berbentuk ' o '. Dia kemudiannya mengusap lembut rambut Taehyung, kasihan dengan sahabatnya itu.

Tiba-tiba Jimin memetik jarinya dengan wajah yang mulai teruja.

" Weh ! Hari ni Brands Outlet ada promosi weh ! Jom shopping jom ! " ajak Jimin sambil menggoyang-goyangkan lengan Taehyung.

Taehyung memandang wajah Jimin sambil meletakkan jari telunjuk pada dagunya.

Belum sempat dia hendak menjawab, tiba-tiba seseorang muncul dari belakang pintu bilik Taehyung.

" Shopping ?! Kook nak ikut ! " jerit Jungkook yang kebetulan lalu di hadapan bilik Taehyung sebaik sahaja dia usai mandi.

Jimin mengangguk laju sambil menaikkan ibu jarinya pada Jungkook. Jungkook mulai terloncat-loncat gembira kerana dia dapat menambah koleksi bajunya lagi.

Taehyung turut tersenyum kemudian dia mengangguk laju.

" Tae pun nak join lah ! "

°♡°♡°♡°♡°

31 . August . 2016

3 . 27 p.m.

Ryujin mengeluh berat kemudian dia melabuhkan punggungnya pada sebuah bangku yang berdekatan dengan kedai mainan tersebut.

Topeng mukanya dibuka lalu dia menyedut air minuman di tangannya menggunakan straw. Seusai meminum air, dia memakai semula topeng mukanya tetapo dia sengaja membiarkan hidungnya terkeluar dari topeng tersebut.

Rimaslah bila kena pakai topeng sebab susah nak sedut oksigen. Tapi dirinya dipaksa untuk pakai topeng oleh Park Hyungsik.

Ryujin menjeling sekilas Hyungsik yang sedang membelek-belek mainan yang terdapat di dalam rak tersebut.

Senyumannya terukir perlahan. Kalaulah Taehyung ada, mesti best. Sebab apa ? Sebab Taehyung suka dengan figura mainan-mainan semua ni.

#6 let go  [ C ]Where stories live. Discover now