[21]- Eau de Parfum

815 19 0
                                    


DRAMA KOREA yang ditonton Izara di televisyen sudah pun tamat. Jam tepat menunjukkan pukul 12.30 pagi. Tv ditutup, sebelum bergerak ke dapur untuk secawan susu.

Isi botol susu Goodday itu dituang sehingga separuh lalu diteguk oleh Izara sehingga habis. Kakinya mula mendaki ke atas, menuju ke biliknya.

Rumahnya sangat sesak, yala ramai saudara mara yang datang dan meluangkan masa di sini untuk membantu sedikit sebanyak untuk kendurinya nanti.

' Aku nak kenduqi kecik ja! Segan la aku kalau ramai2 datang nak tengok aku nanti!'

Seusai memeriksa keadaan rumah, dia terus masuk ke biliknya. Telefon yang dicas tadi sudah penuh. Data dibuka, dan terdapat lebih kurang 30 lebih mesej baharu.

Dia membuka aplikasiWhatsapp. Mesej yang terbanyak ialah dari group Mekawek mereka. 28 mesej baru telah sampai ke Izara.

Rata2 mereka bertanya tentang hari esok. Pukul berapa nak bertolak, naik kereta siapa dan juga location rumahnya. Izara lupa mereka tidak pernah datang ke rumahnya. Aina pernah datang sekali dulu, yang tu pun masa study sekali dulu. Barangkali Aina sudah tidak ingat.

Dia menghantar location rumahnya. Rasa ralat pulak kerana lewat menghantarnya, tapi sekurangnya dia hantar juga. Ternyata, Pah masih online pada waktu itu.

Pah : Yo!! Thank you, Zara.

Izara : Ye sama2 hah. Depa semua dah tido ke?

Pah : Mano ado. Sekya dok OTP dengan gewe la. Aku sore ni dalam bilik, gewe pum takdo.

Izara tersenyum. Lula pula Pah tidur sekali dengannya, pasti berasa bosan malam ni kalau tidak bersembang dulu dengan Pah sebelum tidur. Dalam phone pun jadilah.

Izara : Alaa, gewe mung tu aku laa. Jangan sedih, esok kau datang kita tidur sekali ek?!

Pah : Hok aloh, boleh jah. Okay la Zara. Nak tido dulu. Esok pagi2 dah tubik. Good night✨

Izara : Yela. Esok elok2 drive ye. Good night

Dia lantas membuka chat yang lain. Ada chat sekolah rendahnya dulu, dan HAIQAL?

Apa benda dia ni chat aku malam2?

Dia lantas membuka chat Haiqal tadi. Dihantar pada pukul 8.58 malam tadi.

Haiqal : Saya nak bertolak ke sana. Insya Allah sampai pukul 12 tgh malam atau 1 pagi ini.

Tangannya seperti ingin menaip sesuatu, tetapi egonya yang kalah watak jahat dalam drama korea tadi cuba menguasai dahulu. Dia biarkan sahaja mesej itu tidak berbalas.

Humanity 0 : Ego 1

****

~ Hanya aku hadir hanya untukmu, akan aku lawan hanya untukmu, akan aku rindu hanya padamu, tak usah kau bimbang, dan tak usah tertanya~

Izara dalam keadaan yang masih mamai, menggaru kepalanya.

Ish sapa pula buka lagu kuat2 ni? Dah pagi kot?! Dahlah lagu EDM, rancak la siot?!

Izara keluar untuk mencari punca bunyi tersebut. Ada dalam salah satu bilik di sini. Tiba2 bunyi itu senyap.

Oh, mungkin ringtone dia kot. Sapa la call malam2 buta ni. Tiba2 senyap, marah la tu org tak angkat. Kesian, tak sempat Ismail tu nak kata 'yang luar biasa'.

Tiba2...

Shrit... Shritt..

Izara terdengar seperti daun2 kering yang telah disepak. Takkanlah, ada seseorang di halaman rumahnya. Pencuri ke?!!

Beyond Our Heart  ✓Where stories live. Discover now