[35] - first man?

919 19 8
                                    

PERBUALAN MEREKA dari meja makan bergerak ke sofa. Alasan Haiqal, sakit punggung duduk di kerusi makan. Izara sekadar mengikut saja. Mereka duduk saling berhadapan di atas sofa panjang.

"Man first?" ujar Izara sambil menongkat dagunya. Haiqal mendeguk jus oren bagi menghilangkan hausnya.

"Okay saya start. Macam yang awak tahu nama penuh saya, Fakhrul Haiqal bin Mohd Hazman. Umur 26 tahun. I'm working as an architect bersama Aqil dah lebih 2 tahun setengah macam tu. Adik saya satu je dalam dunia ni, iaitu Fatin Hafisha yang sekarang di UUM, Sintok. I used to study di Jepun for about 4 years, together with Aqil. Senang cita, Aqil is my brother since we like, 5 years old. So, kalau di mana ada saya, di situ juga ada Aqil."

" Mana dia? Takde pun?!" Izara sempat memotong ayat Haiqal. Haiqal juga ketawa.

"Jangan potong please." Izara merapatkan kedua tangannya tanda maaf. Haiqal memulakan semula.

"Okay, Papa is an engineer, especially projek bawah EcoCity. For your information, rumah2 kat area sini bawah projek papa. Dia yang supervise la projek ni, lebih kurang." Haiqal memandang ke arah Izara. Izara sekadar senyum lalu perlahan mengangguk.

"Your mother? Awak tak pernah story pun. " Perlahan Izara bertanya.

Haiqal melihat Izara. Agak tersentak apabila soalan itu ditanya Izara. Dia cuba menahan air matanya. Dia tidak mahu dilihat lemah dihadapan Izara. Izara yang sedar perubahan wajah Haiqal terus mengubah topik.

"Okay, enough with that. Kita cakap pasal bend-" Ayat Izara lantas dipotong laju oleh Haiqal.

" Mama. Apa yang saya tahu, she's the most amazing woman ever. Kalau saya dan Fatin ada masalah, walaupun sekecil kuman sekalipun masalah kami dia mesti tolong. Dia mesti ada and she knows everything. Dialah chef kami, cikgu kami, ustazah kami dan doktor kami. I mean-" Haiqal menunduk kepalanya. Air matanya tidak dapat dikawal lagi, diibiarkan mengalir jatuh.

Izara berasa bersalah. Dia mula teringat pesan Fatin kepadanya. Masih lagi jelas di fikirannya.

When he was upset, he usually stay away from the others. Fatin yang selalu calm him down and always dengar apa yg dia nak cakap, apa yg dia perlu luahkan. So, I hope lepas ni Kak Zara pula yang jadi the best listener untuk dia. Can you?

Izara tidak tahu apa yang menyebabkan badannya berdiri mendekati Haiqal. Mungkin sebab rasa bersalah kerana bertanyakan soalan yang agak sensitif bagi Haiqal.

Haiqal masih lagi sebak, namun dia mengesat air matanya. Sebaik saja dia mahu mengangkat kepalanya semula, Izara memeluknya kuat. Sangat kuat. Kepalanya dekat sekali dengan bahu Izara. Pelukan hangat ini sangat menenangkan Haiqal. Perasaan sebak mula datang kembali. Haiqal membalas pelukan Izara.

Izara membiarkan saja Haiqal memeluknya sambil tersedu-sedu menangis, barangkali teringatkan mama. Izara tidak tahu bagaimana cara untuk menenangkan Haiqal, mungkin melalui pelukan dia boleh ditenangkan.

" Semuaa..salah papa. Kalau papa..tak gaduh dengan mama malam tu.. mesti mama..hidup lagi.." Izara sedikit terkejut dengan luahan Haiqal. Salah papa??!

"Salah abang juga Ma. Abang jauh dari mama... Ya Allah, I miss you mama. Abang nak peluk mama sangat. Ya Allah." Haiqal meleraikan pelukannya. Badannya sudah lemah. Baru saja baik demam, sudah mula panas dalam. Izara melutut di hadapan Haiqal sambil memaksanya untuk turut berlutut bersamanya.

Haiqal hanya mengikut, lemah. Izara mengelap air mata Haiqal. Rambut Haiqal diselak ke belakang dengan kemasnya. Merah muka Haiqal. Pasti disebabkan tangisannya tadi. Haiqal melihat ke arah Izara. Dia merenung Izara, lama. Dia memeluk semula Izara. Tangannya kemas memeluk pinggang Izara.

Beyond Our Heart  ✓Where stories live. Discover now