BOLA MELEPASI gawang gol. Sepakan Sadio Mane, pemain Liverpool itu terlalu tinggi. Minit ke-75 dihenti buat sementara disebabkan offside yang dilakukan oleh pasukan lawan.
Tayangan secara langsung itu dilihat oleh Haiqal melalui telefon pintar miliknya. Bukan apa, line internetnya laju di sini. Apa salahnya jika dia melihat kelab kegemarannya itu beraksi sementara menunggu puteri Gunung Ledang tengah mandi.
Pintu bilik air dikuak perlahan. Haiqal menyedari, tetapi sengaja diendahkan. Terlihat Izara memakai sepasang baju tidur dan tuala di kepalanya. Haiqal sekadar memerhati sahaja tingkah laku Izara. Dia tampak berbeza. Mungkin baju tidur yang dikenakan itu. Izara mengalihkan pandangan ke belakang.
"Awak dah kenapa? Tak pernah tengok orang pakai toner ke sebelum ni?" Izara yang menempek kapas yang diletakkan sedikit toner pada wajahnya. Dia melihat tajam pada wajah Haiqal. Haiqal menggeleng.
"Eh, mana ade. Saya tengok awak punya piala tula. Perasan betul." Haiqal menunjukkan piala yang dimenangi Izara dahulu di zaman sekolahnya. Kebanyakkan acara olahraga dan bola baling. Dia masih simpan semua piala kemenangannya. Kenangan manisnya itu masih lagi tersemat di hatinya.
Haiqal bingkas bangun. Dia meregangkan ototnya. Lenguh kaki yang dibuat-buatnya itu telah menyebabkan Izara sekali lagi mengalihkan pandangannya ke belakang.
"Saya syak awak ni dah lapar gila dah ni. Awak pergilah turun dulu. Nanti mati kebuluran dekat sini, saya yang kena jawab." Izara membuang kapas yang digunakan. Langkahnya laju masuk ke dalam bilik air sebelum meletakkan baju ke dalam laundry bag.
"Saya memang tengah lapar sekarang. Oh, by the way, doktor, apa kaitan makan dengan stretching? Awak ni betul ke, Dr. Izara?" Senjaga dihangatkan oleh Haiqal.
Izara mencekak pingangnya. Matanya tajam melihat Haiqal. Haiqal dengan gaya bersahaja sekadar senyum nipis. Malas nak layan.
Tok ..tok..
Pandangan mereka berdua dialihkan kearah pintu. Serentak.
" Er, Kak Zara, Along. Pak Cik dgn Mak Cik panggil turun makan sekali. " ujar Fatin di luar pintu bilik mereka. Kedua mereka terdiam seketika.
"Dahlah awak. Jomlah kita turun makan. Kejap lagi kita gaduh, okay? " Haiqal menghulurkan tangannya untuk berdamai. Setelah 10 saat dibiar, akhirnya tangan Haiqal disambut Izara. Haiqal melemparkan senyuman kepada Izara namun seperti biasa, diendahkan.
Langkah mereka perlahan menuju ke arah ruang makan. Makan malam mereka turut disertai Pn Saida dan En Haidar. En Hazman dan Fatin juga berada di meja makan. Terlihat Akhil tidak turun makan pada malam ini. Izham sudah bertolak untuk kerjanya esok di Selayang.
Lauk yang dihidang ada beberapa lebihan lauk kenduri tengah hari tadi. Gulai daging kambing, daging masak kicap, ayam goreng dan trademark Pn Saida, sambal belacan Penang mari!
"Lepas ni, Izara kena masak daging masak hitam la. Tu favourite Haiqal tu." Ujar En Hazman berseloroh.
Izara sekadar senyum kecil sebelum melihat ke arah Haiqal yang mengenyitkan matanya.
Annoying betul.
"Izara boleh dah masak tu. Dia ni lemah tang gulai ikan isi ja ni. Hat lain tera dah dia." Tambah Pn Saida.
"Takpa mak. Izara bagi saya makan apa pun saya terima je. Asalkan dia makan dengan saya sekali." Ayat Haiqal menghentikan suapan Izara, tetapi menimbulkan gelak tawa satu meja di meja makan.
"Hah, ini yang kita mau dengar ni. Lega rasa dapat menantu baik laguni. Tambah lagi Man, tu anak dara hang tu nak tambah kot tu. Ida, nasi." tambah En Haidar. Fatin mengeleng melihat situasi ini.
YOU ARE READING
Beyond Our Heart ✓
Romance[ C O M P L E T E ] [NON-EDIT] WASIAT? What will?!!!! . IZARA HALINA. Kehidupannya dijalankan dengan serba baik, sehinggalah satu wasiat yang perlu diikut bagi menjalankan amanah neneknya. FAKHRUL HAIQAL datang dalam hidupnya, tanpa dijangka dan te...