🌌 10

205 30 4
                                    



Minkyu's POV

"Kyulkyung bersama Yohan? T-tapi kenapa- Mana Hyeop?"

Aku menggelengkan kepala berkali-kali, masih tidak percaya apa yang baru aku lihat.

Kyulkyung berjalan dengan lelaki selain Hyeop dan dia... dia kelihatan gembira?

Yohan pula...

Takkanlah dia cuba rampas Kyulkyung dari Hyeop? Senakal mana pun perangai dia, aku tahu yang dia takkan rampas kekasih kawan baik sendiri. He's a good guy.

Aku menggeleng kepala yang dalam kekeliruan. Berfikir mengenai sesuatu yang tiada kaitan dengan pelajaran sememangnya bukan kemahiran aku.

Tanpa berlengah lagi, aku meneruskan perjalananku ke rumah Jungwoo. Dia jemput aku untuk makan malam bersama memandangkan keluarga aku ke Maldives selama dua minggu, so I'm alone at home :(

Nak ikut tapi exam akan bermula minggu hadapan.

Sampai sahaja di rumah Jungwoo, aku seperti biasa, membantu mak Jungwoo menyediakan meja sebelum makan malam. Jungwoo masih berada di dalam biliknya kerana dia pun baru je sampai ke rumah.

Waktu makan malam, aku duduk sebelah Hyeop. Berada dengannya buatkan otak aku kembali memainkan babak yang aku lihat petang tadi.

Perlu ke aku beritahu mereka?

"Minkyu, tambahlah lagi kalau kamu nak." Panggilan mak Jungwoo mematikan lamunanku.

"Baiklah, terima kasih."

Hyeop mula menambah nasinya, seperti berada di rumah sendiri. Nampaknya mereka semua pun dah terbiasa makan malam bersama Hyeop, aku seorang je yang nampak janggal di sini.

"Study group esok di rumah saya lepas habis sekolah? Awak nak join, Minkyu?"

"Haa?" Aku terkejut tanpa sengaja.

Pelik. Hyeop mengajak kami datang ke rumahnya.

Hyeop.

Dia yang ajak.

Selalunya kami yang terpaksa merangka rancangan jahat untuk jejakkan kaki ke rumah solo dia yang precious tu tapi... dia ajak kami? Semudah ni?

"Err boleh je. Yohan pun akan ada sama ke?" Tiba-tiba aku teringat Yohan.

"Yohan ada kelas taekwando dia esok. Hm kenapa awak tiba-tiba tanya tentang Yohan ni? Dah berbaik ke?" Tanyanya sekadar mengejek.

Aku selalu berperang dengan Yohan tentang siapa yang lebih kacak (semestinya aku) but not in a serious way of fight.

"Aish awak fikir kami ni tahu bergaduh je ke?"

"Yup."

😑

Hati aku terdetik sesuatu. Betul ke dia ada kelas taekwando esok?

Jangan-jangan... apa yang aku nampak tadi akan berulang lagi esok?

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now