🌌 14

181 36 14
                                    

Minkyu's POV

"Awak sukakan Hyeop."

Jungwoo sekadar menelan air liur, menyebabkan aku buat keputusan untuk meneruskan kata-kataku tanpa teragak-agak lagi.

"Bila Hyeop bersama Kyulkyung, Hyeop senyum. Awak suka tengok Hyeop senyum. Sebab itulah awak mahu mereka bersama semula. Supaya awak boleh tengok sisi Hyeop yang lebih ceria, tak seperti sisinya yang pendiam dan membosankan bila dengan kita."

Jungwoo mahu sahaja membantah, tapi jelas yang dia terkedu mendengar betapa benarnya setiap perkataan yang keluar dari mulut aku. Sudah jelas, tiada satu pun yang salah.

Jungwoo menundukkan kepalanya, cukup jelas yang dia mengiyakan semua kata-kata aku.

"Wow. Nampaknya betullah tekaan saya."

Jungwoo mengangkat kepalanya.

"So what? Salah ke saya nak buat Hyeop terus hidup gembira? Saya sanggup buat apa sahaja untuk pastikan senyuman dia yang sekarang takkan mati sampai bila-bila," jawabnya.

"Walaupun senyuman tu bukan untuk awak? Awak dah bersedia untuk terluka ke?"

"Hahah buat pengetahuan awak... Saya dah hadapi 10 tahun hidup dengan perasaan begini. Tak mustahil saya boleh hadap perkara sama sehingga 50 tahun akan datang~"

Aku menggelengkan kepala sendiri berkali-kali. Aku tahu sangat yang kepala degil Jungwoo bukan mudah untuk diubah.

Sebenarnya, aku cuma kesiankan Jungwoo. Bayangkan betapa tabahnya Jungwoo menahan perasaan cemburu melihat orang yang disukai berbahagia dengan perempuan lain, selama 10 tahun lamanya.

Awak ni lembab lah. Saya di depan mata ni sukakan awak, tapi awak masih kejar lelaki yang sukakan bekas teman wanita dia?

"Saya ada satu benda nak beritahu, benda ni akan buat awak hentikan projek gila ni."

Aku akan beritahu dia sekarang.

"Kyulkyung dah ada teman lelaki baru. Kim Yohan."

Jungwoo's POV

"Jejeng~~" Hyeop sudahi petikan gitarnya dengan suara yang pelik. "Jungwoo?"

"Oh y-ya?"

Aku tersedar dari lamunan. Kata-kata Minkyu petang tadi asyik mengganggu fikiran aku.

Takkanlah Yohan punca mereka berdua berpisah? Sebab Kyulkyung ada menaruh perasaan pada Yohan?

Selama ni aku memang sedar yang perangai Kyulkyung mula jadi pelik sejak Yohan masuk ke sekolah kami. Selama ni Kyulkyung tak peduli walau ada lelaki sekacak Minkyu di sekolah kami.

Tapi kenapa hati dia boleh berubah sebab Yohan? Apa yang Yohan dah buat sampai Kyulkyung tinggalkan Hyeop?

"Wah awak mengelamun rupanya selama ni? Dah dua jam awak di sini!"

Betul. Dah lebih dua jam aku tersangkut di rumah Hyeop, mendengar dia menyanyi seperti itu sudah jadi rutin harian.

Selalunya aku nikmatinya, tapi aku terlampau mengelamun pula sekarang.

"Heheh maaf. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya." Kataku.

"Kenapa? Awak ada masalah ke?" Fokus Hyeop kini beralih kepada aku.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now