🌌 24

222 19 6
                                    

Yohan's POV


"S-saya rasa saya sukakan Jungwoo."

"Apa?!"

Aku terkejut. M-maksud aku... APA??!!!

Atau... Apa? *in disbelief tone

Jungwoo memang selama ni sukakan Hyeop. Dan sekarang, Hyeop juga dah jatuh cinta pada Jungwoo! It's a good thing sebab akhirnya cinta Jungwoo terbalas!

Tapi... itu juga bermakna yang mereka mungkin akan bersama. Sudah jelas sekali yang aku memang tiada peluang untuk memenangi hati Jungwoo.

Hahah Kim Yohan, kenapa simpan harapan yang Jungwoo mungkin akan suka kau juga?

"Ya.... saya jauh lebih gembira bila luangkan masa dengan Jungwoo instead of dengan Kyulkyung dahulu. Senyuman Jungwoo membunuh saya... Saya rasa mahu pastikan dia ada di sisi saya sepanjang masa. Hati saya terluka bila tengok dia merana. Itu cinta kan?" Hyeop bertanyakannya seperti dia betul-betul tidak tahu. Siap diangkat kening dan matanya merenung tepat ke arahku, meminta jawapan yang paling tepat.

Ya... memang sah itu cinta.

Masalah betul bila bijak dalam pelajaran tapi sangat dungu tentang perkara semudah tu. Haih Lee Hyeop...

Nampaknya dia baru sedar ni.

"B-baguslah kalau awak suka Jungwoo. Dia sangat baik orangnya, sebab itulah saya pun sukakan dia." Kataku.

Hyeop mengangguk perlahan, tidak terkejut pun mendengar ayat terakhirku tadi.

Nampaknya dia dah lama tahu...

Hyeop memegang lenganku, "Jadi awak tolonglah saya ya? Tolong ajar saya macam mana nak buat Jungwoo jatuh cinta pada saya juga..."

Wah this guy...

"Awak tahu saya suka Jungwoo tapi masih minta nasihat cara nak buat dia jatuh cinta pada awak? Wah Lee Hyeop!"

Hyeop ketawa. Kejam.

Jelas sekali dia sudah nekad untuk dapatkan Jungwoo walaupun terpaksa minta bantuan dari pesaingnya iaitu aku.

Tapi dalam keadaan ni... Bukan ke Hyeop dah menang? Jungwoo memang sukakan dia pun.

"Heheh sorry Yohan. Saya pasti awak akan jatuh cinta pada ramai orang lain tapi saya tak, Jungwoo satu-satunya untuk saya."

Awwwwww menggelikan tapi kedengaran sangat gentleman.

Baiklah. Untuk kebahagiaan Jungwoo, aku akan bantu dia. Aku pun pasti akan jumpa seseorang yang boleh menggantikan Jungwoo dalam hatiku.

Happy friends, happy life :)













Jungwoo's POV

D-day!!!

Seawal pukul 8 pagi, kami sudah berkumpul di lapangan terbang. Boleh nampak betapa meriahnya kami mahu pergi melancong, lagi-lagi Mina yang membawa sehingga tiga bagasi!

"Dua bagasi adalah barangan saya untuk seminggu dan satu lagi bagasi kosong untuk souvenir dan shopping!! Barang di Jeju-do is not bad~" katanya.

Aku pun apa kurangnya, dua beg bagasi. Nasib baiklah Hyeop yang hanya membawa satu beg bagasi sanggup membantuku untuk mengangkat. Taklah aku terkial-kial mengangkat sendirian.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now