🌌 17

181 31 31
                                    



Jungwoo's POV

Dahan yang aku pegang untuk selamatkan anak burung tadi, rupa-rupanya kunci kepada pintu rahsia pagar sesat ni!

Dengan perasaan ingin tahu yang menggunung tinggi, aku menolak pintu tersebut perlahan-lahan. Hyeop di belakang mengekori langkahku walaupun pada awalnya dia suruh aku abaikan sahaja.

Sebaik pintu sudah terbuka luas, aku dan Hyeop serta merta menganga kagum.

"Wow! Taman rahsia!"

Ianya merupakan taman rahsia! Ada rumpunan bunga-bunga berwarna-warni yang jauh lebih indah dari yang kami lihat sebelum ni, seakan-akan bunganya semua bercahaya dan berkilauan. Malam jadi lebih indah dihiasi dengan sinaran lampu taman yang menenangkan. Paling menarik perhatian adalah kelip-kelip berterbangan dengan banyaknya dan air terjun yang setinggi bangunan dua tingkat, cukup untuk menambahkan seri permandangan malam!

Teruja seperti kanak-kanak, aku terus masuk dan pergi ke arah kelip-kelip yang berjuta bilangannya. Mereka terbang bebas sambil mengeluarkan cahaya dari tubuh mereka.

"Wah wah!"

Tak pernah aku tahu yang cahaya dari kelip-kelip boleh jadi seindah ini!

Aku membiarkan seekor kelip-kelip mendarat di atas tanganku. "Cantiknya awak~"

Hyeop menghampiriku. Dia merenung aku dan kelip-kelip ini silih berganti.

"Yelah. Cantik."

Bila aku pandang wajah Hyeop, aku sedaya upaya menahan ketawa kerana rambut Hyeop yang sejak dahulu seperti sarang burung sudah dipenuhi dengan cahaya seperti lampu chandelier yang meriah!

Kelip-kelip hinggap di kepala dia!

"Hahahahahhahahahahahah Hyeop! Jangan bergerak! Biar saya ambil gambar dahulu!"

"K-kenapa? Ada sesuatu di atas kepala saya ke?" Tanyanya ketakutan.

"Just don't move for a moment!"

Selepas puas ambil beberapa gambar, aku mengalihkan semua kelip-kelip yang nampaknya berminat untuk dirikan sebuah bandar di atas kepala Hyeop. Hyeop juga hampir ketawa besar bila melihat keadaan rambutnya sebentar tadi di skrin telefon aku.

"Mari duduk situ sekejap. Saya penat." Ajak Hyeop.

Kami pergi ke bawah sebuah pokok yang rendang. Aku dan Hyeop duduk selesa di atas rumput, berhadapan dengan air terjun.

"Saya tak sangka yang cikgu tak tunjukkan kepada semua tentang taman rahsia ni. Cantik betul!" Kataku.

"Kalau awak tak dengar saya membebel tadi, tak mungkin kita akan sampai sini. Berterima kasihlah pada saya."

Aku pura-pura tidak dengar.

"Yah, bukan susah pun. Awak cakap terima kasih, dan saya akan balas sama-sama."

"Tak nak." Balasku malas.

Aku lebih asyik melihat permandangan sekeliling yang jauh lebih indah dari bebelan Lee Hyeop.

Hyeop mengalah. Dia kemudian berbaring di atas rumput.

"Haih penatnya~ Bilalah agaknya saya dapat tawan hati Kyulkyung semula~"

Aku cuma tersenyum pahit. Masa kami berdua tanpa urusan begini pun dia masih sebut tentang Kyulkyung.

Cemburunya aku pada Kyulkyung. Otak Hyeop dipenuhi dengan dia sepanjang masa.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now