🌌 25

207 18 11
                                    



Hyeop's POV

Bibir aku dan Jungwoo akhirnya bersentuhan. Masa seakan terhenti kerana kami berdua langsung tidak mampu untuk bergerak.

Atau lebih tepat lagi, kami mahu kekal dalam kedudukan ni.

Buat pertama kalinya...

I-ini sangat indah.

Tanpa aku sedar, aku terlepas sweater yang menjadi payung kami. Sweater tersebut yang basah kuyup jatuh tepat di atas kepala kami berdua.

Kami tersedar semula ke dunia realiti.

Menggelabah aku dan Jungwoo terus jauhkan diri.

...

Alamak awkward...

Hmm....

Kami berdua hanya duduk memandang laut di hadapan mata selama 10 saat. Jungwoo tidak dapat bertahan lagi lalu terus berdiri.

"Hu-hujan dah b-berhenti. M-marilah k-kita masuk da-dalam."

Baru sahaja aku mahu bangun sama, Jungwoo sudah berlari ke rumah penginapan kami, meninggalkan aku terpinga-pinga sendirian.

Haish kenapalah hujan dah berhenti?

Eh. Bukan salah hujan ni.

Aku menjeling ke arah sweater milikku yang paling aku kerap pakai selama ni. Aku menjelingnya tajam seperti anak mataku boleh mengeluarkan laser untuk tembak sweater tu sehingga berlubang!

"Ini semua salah awak! Haish!"

Perjalanan hidup sweater itu berakhir dalam tong sampah.

Itulah balasannya sebab dah mengganggu saat-saat bermakna kami tadi!




Nobody's POV

Pagi sudah menjelang. Mata Jungwoo terus segar apabila paginya dikejutkan oleh sinar cahaya matahari yang menyinggah masuk melalui tingkap biliknya.

"Cantiknya~"

Melihat jam yang tergantung di dinding, masih awal lagi sebelum masa yang dijanjikan untuk berkumpul di ruang tamu.

Entah apalah kerja yang Minkyu sediakan untuk mereka. Itulah perkara yang asyik bermain di kepala Jungwoo sejak semalam.

Walau bagaimanapun, ada satu perkara yang lebih melekat di kepala Jungwoo.

Ciuman dan semua kata-kata Lee Hyeop malam tadi.

Jantung Jungwoo masih berdegup kencang setiap kali memori itu bermain di kepala. Kadangkala dia tersenyum sendirian seperti orang gila.

Sampai terbawa-bawa ke mimpi! Bahagianya tidak terkata!

Mana tidaknya, orang yang dia cintai secara rahsia selama ni akhirnya menyukainya juga. Walaupun dia masih tidak boleh percaya, namun itulah yang sudah terjadi.

Ya, Hyeop juga sudah lama jatuh cinta padanya.

Jungwoo bangun dari baringannya lalu terus menuju ke bilik mandi. Selepas mandi, Jungwoo memakai bajunya. Dia lebih selesa dengan pakaian T-shirt berwarna sky blue dipadankan dengan seluar tracksuit yang sesuai untuk mereka buat kerja hari ni.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now