🌌 15

179 32 15
                                    


Nobody's POV

"Terangkan semuanya pada saya, dari awal hingga akhir. Kenapa awak guna duit ayah?"

Dohyun membisu.

"Kenapa? Awak tahu tak itulah duit perbelanjaan keluarga kita selama ni. Tergamak awak habiskan semuanya untuk diri sendiri? Habis kami di rumah ni mahu makan apa?"

Diserang bertubi-tubi soalan, Dohyun cuba untuk mempertahankan dirinya sendiri,

"Jungwoo, saya buat perkara yang betul untuk masa depan saya. Awak semua asyik minta saya belajar sepanjang masa, sedangkan awak tahu saya benci belajar. Awak sendiri pun bukannya belajar bersungguh-sungguh, tapi saya pula dipaksa belajar bersungguh-sungguh?"

Hyeop mengetap bibirnya, tidak berniat langsung ingin mencampuri suasana yang sudah semakin tegang.

Tiba-tiba, Jungwoo berlari keluar. Hyeop dan Dohyun kekeliruan berpandangan sesama sendiri.

Seminit kemudian, Jungwoo kembali dengan beberapa helai kertas di tangannya. Dia menayangkan kertas itu di hadapan Dohyun.

Ianya kertas ujiannya haritu untuk semua subjek. Terbeliak mata Dohyun apabila melihat markah yang Jungwoo perolehi buat kali pertamanya.

Markah penuh.

"Selama ni saya tak jawab semua soalan semasa ujian sebab saya tahu... saya akan dapat markah penuh macam ni. Jadi saya tinggalkan banyak soalan tidak berjawab supaya markah saya rendah, supaya markah awak lebih tinggi daripada saya, Nam Dohyun. Saya nak ayah bangga sebab ada anak pandai macam awak. Saya tak perlu semua pujian tu."

Jungwoo memegang dadanya. Dia sedang cuba mengawal perasaannya yang kini berubah-ubah seperti roller-coaster. Marah, kesian, keliru. Semuanya bercampur-baur.

Dohyun tiba-tiba bersuara lantang "Ini hidup saya, biar saya yang tentukan masa depan saya! Tunggulah... Saya akan buktikan apa yang saya sedang buat ni suatu hari nanti akan menjadi kebanggaan awak semua!"

Dohyun berlari keluar, meninggalkan Jungwoo terpinga-pinga. Hyeop hanya memandang Jungwoo tanpa bersuara, kerana dia sudah janji untuk rahsiakan perkara ni sehinggalah Dohyun ceritakannya sendiri.

Hyeop's POV

Dah seminggu sejak Dohyun tinggal di rumah aku. Sejak dari hari tu, Jungwoo semakin muram.

Ini bukan Nam Jungwoo yang aku kenal. Aku rindu Jungwoo yang selalu buat aku ketawa, bukannya buat aku keseorangan macam ni sebab tiada teman nak berbual!

Kelas Matematik tamat. Jungwoo terus merebahkan kepalanya ke meja.

:(

Yohan datang ke arah kami.

"Jungwoo mari pergi makan~"

"Shh!" Aku meletakkan jari di bibir dan memberikan isyarat tangan supaya tidak ganggu Jungwoo sekarang. Yohan serta-merta berundur.

Aku menjeling ke arah Jungwoo. Dia nampak sangat muram dan nampaknya cuma aku seorang je yang kisah.

Hmm apa yang Jungwoo akan buat untuk gembirakan aku ya? Aku patut buat perkara sama.

Buat lawak? Tapi aku tak kelakar.

Berperangai comel? Pfft dia memang comel tapi aku tak- hahah mesti Jungwoo bangga kalau tahu aku puji dia dalam hati wek wek.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now