🌌 27

158 15 5
                                    

Nobody's POV

Tamat kelas, Kyulkyung menyimpan semua bukunya di dalam lokar. Dia bercadang untuk ke kelas juniornya.

Cepat-cepat dia berkemas dan tinggalkan kelas seorang diri

Di depan kelas pelajar gred-9, Kyulkyung menunggu pelajar lelaki bernama Lee Jinwoo.

"Haenami~ Mari sini sekejap !" Kyulkyung memanggilnya dari luar kelas Jinwoo.

Pelajar dalam kelas itu majoritinya berkerut dahi melihat senior mereka turun ke kelas mereka buat pertama kalinya. Bukan senior yang biasa-biasa pula tu!

Mata mereka semua kini beralih kepada Jinwoo. Hampir tercekik air yang diminum apabila dirinya dipanggil seperti kawan rapat oleh seniornya.

Jinwoo ragu-ragu ingin pergi ke arah Kyulkyung. Jinwoo sebenarnya merupakan salah seorang yang pernah menghantar surat memuji kecantikan Kyulkyung. Tak pernah dia menyangka yang Kyulkyung akan mengenalinya, dan sekarang ingin berjumpanya tiba-tiba ?

"Jumpa dia sekejap je, Jinwoo. Hati-hati." Kawan baik Jinwoo yang memakai teg nama Lee Taeseung menepuk perlahan bahu Jinwoo sebelum dia bergerak.

Jinwoo memberanikan dirinya.

"K-Kyulkyung nuna... Macam mana nuna boleh kenal saya ?" Entah kenapa, itu soalan pertama yang dia mahu tanya.

Kyulkyung tersenyum lebar, mesra teramat.

"Mestilah saya kenal awak, Lee Jinwoo yang comel ! Mari kita ke kafeteria, saya belanja awak makan hari ni."

Kyulkyung dengan selambanya memegang tangan Jinwoo. Jinwoo yang ketakutan pantas menarik tangannya dari Kyulkyung.

"Tak nak ! Jangan datang jumpa saya lagi, s-saya takut dengan nuna... Saya tak nak pindah dari sini macam yang nuna buat pada semua orang ! Tolong jangan dekati saya..." Jinwoo terus berlari ke arah rakan-rakannya di dalam kelas, meninggalkan Kyulkyung sendirian di kaki lima.

Ini bukanlah kali pertama Kyulkyung dijauhi sedemikian rupa.

Sejak Yohan mendedahkan dirinya yang sebenar kepada seluruh warga sekolah, Kyulkyung menerima tamparan hebat akibat populariti yang digilai selama ini.

Disebabkan dia popular, perihal itu tersebar sungguh cepat sehingga ke luar sekolah. Semua pelajar tahu yang Kyulkyung gilakan populariti dan salahgunakan kuasa ayahnya yang kaya untuk membuli pelajar lain. Jadi, mereka buat keputusan untuk jauhinya kerana takut bakal jadi mangsa Kyulkyung yang seterusnya.

Kawan-kawan sekelas pun sudah awal-awal lagi mengabaikan dia, jadi dia terpaksa cari semula semua peminatnya.

Tiada guna juga. Semua peminat Kyulkyung juga takut akan dirinya.

Kyulkyung berjalan ke tandas. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia bersendirian.

Tiada kawan dan perhatian yang selama ni berada dalam kawalannya.

Dia ternampak Hyeop berjalan sendirian ke perpustakaan. Pantas dia berlari ke arah lelaki itu.

"Hyeop ! Nasib baiklah awak dah kembali. Saya rindukan awak."

Berkerut dahi Hyeop. Dia mengalihkan tangan Kyulkyung yang memaut padanya penuh kegelian.

"Ke tepilah. Apa yang awak merepekkan ni ?"

"Saya akan terima awak semula. Baiklah, jadi teman lelaki saya semula. Saya tak perlukan mereka semua, saya cuma nak awak bersama dengan saya. Awak takkan tinggalkan saya macam yang mereka buat sekarang kan ?"

Kyulkyung kelihatan sungguh terdesak sekali. Dia masih tidak mahu mengalah walaupun sudah jelas yang Hyeop sedang melayannya tanpa rela.

Tanpa sedikit pun belas kasihan, Hyeop menolak jauh Kyulkyung dari tubuhnya.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now