🌌 11

198 37 7
                                    

Jungwoo's POV

"Awak kata saya paling handsome... B-betul ke?"

Aku sedikit ternganga mendengar soalan Hyeop. Tak pernah menyangka pun yang dia akan ambil serius tentang perkara yang aku katakan tanpa sedar.

Aku cuma katakannya masa tu sebab nak Minkyu dan Yohan berhenti berperang tentang rupa.

Tapi... memang betul pun Hyeop handsome. Bagi aku dia sangat handsome.

Tapi kalau aku mengaku? Bukan ke keadaan kami akan jadi awkward?

Setelah lama terdiam, barulah aku menjawab soalannya.

Dengan soalan yang lain.

"Kenapa? Tiada siapa pernah kata awak handsome ke selama ni?"

Sedaya upaya aku menahan mata dari berkelip super laju. Nasib baik ianya berjaya, sebab aku tak menipu. Cuma menyembunyikan kebenaran dengan persoalan yang baru.

"Tak pernah. Awak yang pertama, sebab itulah saya ingat sampai sekarang. Terima kasih sebab katakan tu padahal saya tak handsome langsung pun."

Anda handsome.

"Kyulkyung tak pernah kata...?"

"Tak. Dia cuma kata yang saya mempunyai muka genius dan sometimes looks cute."

With that adorable dimple? Yeah you're so damm cute, Lee Hyeop.

Tapi rupa Hyeop...

Rupa ya...

Kepalaku membuat kesimpulan berdasarkan jawapan Hyeop tadi.

"Jadi... saya rasa itulah sebabnya!" Aku memetik jari.

Akhirnya!

"Apa?" Hyeop terpinga-pinga melihatku sudah menghitung-hitung di kepala tentang sesuatu.

"Maybe that's the reason she wants to break up? Sebab awak tak kelihatan handsome dan tak attractive?"

Hyeop menolak bahuku "Yah! I'm not that bad."

"But you're ordinary. Semua orang pun tahu yang Joo Kyulkyung has her own standard, she's at another level. Bayangkan awak yang simple dan Kyulkyung yang seperti angel berjalan bersama, awak berdua cuma kelihatan macam adik beradik. Kalau awak kekal dengan gaya rambut sarang burung dan baju plain T-shirt ni sedangkan Kyulkyung sentiasa berpakaian cantik, awak tak rasa ke yang awak ketinggalan jauh di belakang Kyulkyung? Having a boyfriend  yang tak menjaga penampilan? Mungkin dia dah tak tahan dengan awak."

"T-tapi..."

"Don't you love her?"

"Of course I love her, forever!"

Jelas terpamer di wajah Hyeop yang dia sangat tersinggung di atas perkataan-perkataan yang keluar dari mulutku tadi. Mana tidaknya, aku terang-terang mengkritik gaya Hyeop yang sebenarnya okay.

Cuma untuk menjadi cinta hati Kyulkyung, gaya perlu lebih dari okay.

Sorry, tapi ini je caranya untuk buat awak rasa tercabar dan mahu sahut cabaran saya.

Cabaran untuk berubah.

"So... mari kita buat perubahan pada awak."

Hyeop masih terpinga-pinga, membuatkan aku semakin tersenyum sinis.

𝐀𝐋𝐖𝐀𝐘𝐒 || 𝐥𝐞𝐞 𝐡𝐲𝐞𝐨𝐩 Where stories live. Discover now