Bab 9

784 20 1
                                    

SUASANA di dalam bilik dipandang kosong. Rambut yang menutup hampir separuh wajahnya dikuis sebelum dia mengambil bantal dan menutup wajah.

"Argh!"

Bantal dibaling kasar setelah dia puas menjerit. Nafas ditarik sedalam-dalamnya, penat! Mia bangun dari perbaringan. Jam di dinding dikerling.

Pukul sebelas pagi? Kepala yang tidak gatal digaru. Sudah dua hari dia berkeadaan begini. Keysha terpaksa bekerja, manakala Afina pula sudah pulang ke rumah keluarganya. Ada hal katanya. Kalau tidak, pasti Afina yang akan menemaninya pada hari ini.

Ah, ini semua salah aku juga datang awal sangat. Itu pasallah Keysha tak boleh cuti. Kalau tak, tak adalah kena tinggal macam ni, gumam Mia sendiri.

Semalam dia tidur lewat memikirkan rancangan untuk mengenakan Si Aqil tu. Keysha ada memberikan cadangan supaya mengambil Hazril untuk menjadi temannya pada malam itu tapi Si Hazril tu, so... Kampung! Pakai pun jean dengan baju T, lusuh pula tu.

Argh... Out of taste! Lagipun, mamat tu kan gigolo! Tak sanggup aku nak bermadu kasih dia dengan mak cik tu. Tak pasal-pasal aku kena ganyang kalau mak cik-mak cik tu tahu. Tak ke cari nahas?

Eh, kejap-kejap. Aku kan nak suruh dia teman aje, bukan nak bermadu kasih pun, kan tapi boleh ke aku suruh mamat tu jadi pasangan aku? Susah kut nak deal dengan sengkuang sorang tu! Perangai dia tu tak boleh dijangka. Kadang-kadang baik, kadang-kadang nak menyetan aje kerja.

Mia bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan katil sambil menggaru kepalanya.

Belum cuba belum tahu. Aku rasa Hazril seorang aje yang layak sebab dia aje lelaki yang sama taraf handsome dengan Aqil. Cuma, cara pemakaiannya yang agak... Selekeh! Tak apa, aku cuba tanya dia dulu. Lepas tu aku make over dia sikit.

Jari dipetik! Dia tersenyum senang. Tuala dicapai lalu pantas menuju ke bilik air. Dia harus berjumpa dengan Hazril, sekarang!

Hanya 10 minit sahaja masa diambil untuk Mia membersihkan diri. Blaus berwarna dusk blue dipadankan dengan seluar denim. Kononnya blaus itu mahu dipakai ketika berjumpa dengan Aqil tapi dah jadi macam ni, pakai jumpa Hazril pun jadilah.

Rambut disikat rapi. Wajahnya diserikan lagi dengan sedikit bedak kompak, eyeliner dan secalit gincu dioles pada bibir.

Perfect! Beg tangan digalas lalu Mia segera keluar dari rumah itu.

Di dalam perut kereta, dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang sudah dua hari dimatikan. Tatkala telefon bimbitnya dihidupkan, bertalu-talu mesej WhatsApp masuk dan semuanya tentulah daripada Aqil!

Where are you, sayang? I miss you so much!

Mia menjelirkan lidahnya seakan-akan mahu muntah. Semalam Aqil ada menelefon Afina bertanyakan tentang dirinya. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila mengetahui yang dia berada di KL. Saat itu, Aqil mahu berjumpa tetapi Afina menjawab dengan spontan, "Mia demam."

Hampir tersembur tawa Mia apabila mendengar jawapan Afina. Makin gelabahlah mamat tu.

Tengoklah... Apa aku akan buat nanti. Mesej daripada Aqil diabaikan lalu nombor Keysha didail. Bluetooth headset dipakai.

"Helo Sha, aku nak keluar rumah ni..." tutur Mia sambil memandu perlahan.

"Kau nak ke mana?"

"Aku nak cari pasangan aku untuk birthday party Afina nanti," balas Mia disertai dengan ketawa.

"Awww... Hazril ke?"

"Ya!"

"Well... Good luck my friend! Aku yakin hanya Hazril tu aje yang mampu buat Aqil cemburu tapi... Make over dia dululah. Kalau dia pakai selekeh nanti, mesti Si Aqil tu gelak bila tengok."

Cinta Tak Pernah SalahWhere stories live. Discover now