BANGUNAN gah di hadapannya itu dipandang tidak berkelip. Mulutnya sedikit ternganga. Wow! Amazing! Ini kali pertama dia melihat bangunan semewah ini secara real. Selalunya tengok di skrin TV sahaja. Itu pun di dalam drama pukul tujuh petang. Dan lagi menyeronokkan apabila kakinya mampu untuk memijak lantai bangunan mewah itu.
“Tutup mulut tu. Ada yang mati tercekik lalat nanti.”
Suara garau yang kedengaran begitu hampir dengannya itu membuat kepala Arya berpaling. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Malu ditegur sebegitu.
Rafiq tergeleng kecil. “Jom.”
Arya mengangguk. Dia mengekori langkah Rafiq daripada belakang. Perasaannya bercampur baur ketika itu. Antara teruja, takut, gelisah dan macam-macam lagi. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja di tempat baru. Berbeza bos. Harap-harap semuanya baik-baik saja.
Melepasi sahaja pintu utama bangunan itu, Arya melilaukan bebola mata melihat sekeliling. Sekali lagi dia terpegun. Cantik betul dekorasi di dalam bangunan itu.
Buk!
“Adoi...” Arya mengaduh perlahan apabila dia berlanggar sesuatu yang keras. Dahinya diusap.
“Jalan memang jenis tak pandang depan ke?” soal Rafiq.
Arya garu kepala yang tidak gatal. “Sorry... Kenapa berhenti?”
“Saja.” Selamba Rafiq menjawab. Dia menyambung semula langkahnya menuju ke lif.
Arya mendengus perlahan. Dengan rasa geram, langkah diatur laju ke arah Rafiq yang sudah pun masuk ke dalam perut lif. Dia berdiri agak jauh daripada Rafiq. Sempat matanya menjeling lelaki itu.
“Nanti!”
Jeritan itu membuat pandangan Arya beralih. Melihat lelaki yang sedang berlari ke arah lif, dahi Arya berkerut halus. Daniel Louise... Ya, si jejaka bermata hijau. Dia sudah mula mengenali semua rakan kepada bekas bosnya itu.
“Kau dari mana?” soal Rafiq.
“Kafe. Lapar,” balas Daniel sebaik masuk ke dalam lif.
Rafiq menggeleng kepala. Butang close ditekannya. Pintu lif mula tertutup rapat.
Arya yang berdiri di satu sudut di dalam lif itu diam dan tegak seperti patung. Tidak mahu mencampuri perbualan dua lelaki di hadapannya itu.
“Ray mana?” soal Rafiq sekaligus memecahkan suasana sunyi di dalam lif.
“Kat bilik dialah. Kenapa?”
“Tu, aku bawak pekerja baru dia,” ujar Rafiq menunjuk ke arah Arya.
Daniel menoleh ke belakang. “Eh, hai. Baru perasan ada orang lain dalam lif ni,” sapanya mesra.
Arya tersenyum tipis seraya menundukkan kepalanya sedikit. Agak kekok.
Ting! Serentak dengan bunyi dentingan itu, pintu lif terbuka. Rafiq keluar terlebih dahulu.
“Tak nak keluar?” soal Daniel.
Arya membuat isyarat mengarahkan Daniel keluar dahulu. Daniel yang faham angguk kepala dan melangkah keluar. Arya mengekori daripada belakang. Sekali lagi dia berasa kagum melihat dekorasi setiap ruang di tingkat lima itu. Cantik betul.
“Ni pejabat Ray.”
Arya yang sibuk memandang sekeliling terus mengalih pandangannya ke arah Rafiq. Wajah lelaki itu dipandang sebelum dia memandang pula ke arah pintu.
RAYYAN ALBERTO LOUISE.
Arya mula berdebar. Baca nama sahaja jantungnya sudah terasa seperti mahu keluar. Bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki itu nanti? Ya Allah, apalah nasibnya bekerja di bawah seorang jejaka iceberg ini?
“Masuk. Lapor diri pada dia,” arah Rafiq.
Arya mengetap bibir. “Saya takut.”
“Masuk je. Tak ada apa. Aku ada kerja nak buat.” Rafiq terus berlalu meninggalkan Arya berseorangan.
Arya hanya terkaku di hadapan bilik itu. Hujung tudungnya dipintal. Nak masuk ke tak nak? Nafas ditarik panjang. Mati, mati, mati. Itu saja yang difikirkannya ketika dia menghembus nafas. Arya memejam matanya pula. Hatinya tidak henti beristighfar.
“Kau buat apa?”
Suara garau yang menyapa gegendang telinga membuat mata Arya kembali celik. Susuk tubuh tegap yang berdiri di hadapannya itu dipandang. Dongak kepala, bibirnya digigit. Arya jadi tidak tentu arah apabila mata berwarna biru itu merenung wajahnya.
“Arya Safiyya binti Anwar.”
“Ya.” Perlahan Arya menyahut.
“Masuk!” tegas Rayyan seraya pusingkan tubuh.
Arya menelan liur. Kakinya terasa berat mahu melangkah masuk ke dalam bilik itu. Seperti diletakkan batu satu tan saja.
“Masuk!”
Jeritan kasar itu membuat Arya terkejut. Ya ampun, garang sungguh. Tiada pilihan, dia paksa juga kakinya untuk melangkah. Baru dua langkah dia masuk ke dalam bilik itu, bulu romanya sudah meremang. Arya beristighfar. Digagahkan kakinya untuk terus melangkah. Peluh-peluh kecil mula merenik di dahinya. Walaupun bilik itu berhawa dingin, dia langsung tidak terasa sejuk.
“Duduk!” arah Rayyan.
Arya akur. Sebuah kerusi di hadapan meja kerja Rayyan ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
“Arya Safiyya binti Anwar, 22 years old, student of UiTM Shah Alam.”
“Ya saya,” sahut Arya.
Rayyan menarik salah satu laci pada meja kerjanya. Sebuah fail tipis berwarna hijau dikeluarkan lalu diberikan kepada Arya.
“Apa ni?” soal Arya.
“Perjanjian.” Ringkas Rayyan menjawab.
Arya angguk kecil. Fail tipis itu dicapainya lalu dibuka. Terdapat beberapa helai kertas A4 yang penuh dengan tulisan di dalamnya. Arya membelek helaian demi helaian dan dibaca teliti. Surat perjanjian rupanya. Tea lady pun guna perjanjian ya? Di helaian yang terakhir, terdapat ruang untuk tandatangan.
“Kena sign?” Arya pandang sekilas wajah Rayyan.
“Yes. Kau langgar salah satu perjanjian, aku saman,” ujar Rayyan.
“Oh, gitu. Baik.” Tidak menunggu, Arya terus mencapai sebatang pen lalu menurunkan tandatangannya pada ruang yang disediakan. Usai itu, fail dihulur kembali kepada Rayyan.
“Okey. Boleh mula kerja kau.”
“Baik tuan.” Arya bingkas bangun. Kerusi dibetulkan semula kedudukannya sebelum langkah diatur untuk keluar dari bilik itu. Jangan lama-lama di dalam kandang harimau. Maut menanti.
“Make me a cup of Nescafe.”
“Baik.” Arya melajukan langkahnya. Keluar sahaja dari bilik itu, nafas lega dihela. Bersyukur dia masih hidup.
“Aik, macam baru jumpa hantu je.” Suara seseorang menegur.
Arya menoleh ke sisi. “Tuan Daniel...” Kepalanya menunduk hormat.
“Just call me Dan. No need Tuan Daniel. Gelilah.”
Arya tersenyum tipis mendengar bebelan lelaki itu. “Saya nak buatkan air Tuan Rayyan. Saya pergi dulu ya.”
“Tahu ke pantri kat mana?”
Soalan daripada Daniel membuat Arya termangu. Kat mana ya? Kepalanya digaru.
“Jom I tunjukkan.” Daniel melangkah mendahului Arya.
Arya mengikut daripada belakang. Tidak lama kemudian, mereka tiba di satu ruang yang kelihatan seperti dapur mini.
“Nah, ni pantri. Okey?”
Arya mengangguk. “Thanks. Nak air juga ke?”
“Boleh juga. Hot milk satu.”
“Milk?” soal Arya.
“Yes. Why?” soal Daniel pula.
“Nothing.”
“Nanti hantar kat bilik Ray. Bye.”
Arya membalas dengan senyuman. Sebaik kelibat Daniel tidak lagi kelihatan di pandangan mata kasarnya, dia melangkah ke kabinet. Dua biji mug diambilnya. Hot Nescafe and hot milk. Harap-harap air yang dibancuhnya itu tidak menghampakan bosnya.
*****
“MANA tea lady kau?” Isyraf yang duduk di sebelah Daniel menyoal.
“Buat kerja dialah.” Acuh tak acuh sahaja Rayyan menjawab. Jemarinya laju menekan papan kekunci komputer.
“Aku nak pergi pantri sekejap,” ujar Isyraf seraya bangun.
“Jangan ganggu dia.”
“Woah woah, cemburu ke? Magik. Belum 24 jam dia kerja sini, seorang Rayyan Louise dah jatuh cinta,” ujar Isyraf selamba. Bibirnya tersungging senyuman mengejek.
“Jatuh cinta otak kau! Aku warning sebab aku tak suka orang ganggu pekerja aku,” ujar Rayyan tegas.
“Ya ke? Ya ke ni? Ke dah fall in love?” Semakin galak Isyraf menyakat.
Rayyan memandang Isyraf dengan tajam. “Keluar sanalah! Semak!”
“Memang nak keluar. Nak ngurat tea lady kau. Daaa...” Pintu dikuak. Isyraf terus keluar dari bilik itu tanpa menghiraukan pandangan tajam daripada Rayyan.
“Abang...”
Pandangan Rayyan beralih. “What?” soalnya kepada Daniel.
“Ramai staf bercakap pasal abang,” ujar Daniel.
“About what?” soal Rayyan lagi.
“Arya.”
Dahi Rayyan berkerut sedikit. “Why about her?”
“Entah. Tapi ramai yang berkata pasal abang dengan Arya. Yalah, abang mana pernah ambil pekerja perempuan kat company ni. Tiba-tiba abang ambil Arya,” jelas Daniel. Ke mana sahaja dia pergi di setiap pelusuk bangunan itu, telinganya pasti mendengar cerita tentang abang kembarnya itu dengan Arya.
“Whatever. Tak penting bagi aku.” Rayyan menyambung semula kerjanya.
Daniel mengangguk kecil. Tahulah dia bahawa abangnya tidak berminat akan gosip murahan seperti itu. “Abang...”
“Apa lagi Daniel? Buat kerja kaulah. Jangan ganggu aku.”
“Ngantuklah,” ujar Daniel seraya melabuhkan kepalanya di atas meja. Mulutnya menguap besar.
Rayyan mengeluh pendek. “Tidur kat bilik sana,” arahnya lalu menghulurkan sebentuk anak kunci kepada Daniel. Sememangnya di dalam bilik pejabatnya itu ada sebuah bilik khas untuk Daniel tidur.
Terus tegak tubuh Daniel menyambut anak kunci yang dihulurkan abangnya. Daniel laju bangun daripada kerusinya. Kakinya melangkah laju ke bilik khas tersebut. Masukkan kunci, tombol dipulas, daun pintu dikuak. Benda pertama yang dia nampak di dalam bilik itu adalah...
Katil!
Rayyan yang melihat telatah adiknya itu menggeleng kepala. Biarlah. Asalkan adiknya bahagia. Adiknya datang ke pejabat itu bukanlah buat kerja sangat. Mengular je lebih. Sebab tulah dia tak bagi gaji bulanan. Jika Daniel mahu duit, barulah dia beri.*****
ARYA yang sedang termenung di pantri tersentak apabila kerusi di hadapannya ditarik. Mata yang tadinya merenung pasu bunga di tengah meja beralih ke arah gerangan yang menarik kerusi.
“Hai. Ganggu ke?”
Lelaki yang sudah duduk di atas kerusi itu direnung pelik. “Hai...” Agak kekok Arya membalas sapaan itu. Siapa pula jejaka di hadapannya itu? Berwajah ala-ala Chinese gitu. Pekerja Rayyan?
“Nama siapa?”
Arya tidak menjawab soalan yang diajukan. “Err... Encik nak air ke? Saya boleh buatkan,” ujarnya. Dia jadi tidak senang duduk apabila mata lelaki itu asyik memandang wajahnya.
“Boleh juga.”
Arya laju turun daripada kerusi dan melangkah ke kabinet. “Air apa?”
“Hot chocolate. Kurangkan manis, tapi lebihkan...”
Dahi Arya berkerut menanti sambungan ayat daripada lelaki itu.
“Lebihkan kasih dan sayangmu agar kemanisan cinta kita dapat dirasai.”
Terlongo Arya dibuatnya mendengar kata-kata lelaki itu. Keningnya digaru. Dah kenapa? Dasar manusia pelik.
“Guraulah. Tu pun tak boleh.”
Arya tersenyum kelat. Tidak membuang masa, dia terus mencapai sebiji mug. Tidak sampai seminit, hot chocolate yang diminta oleh lelaki itu siap dibancuhnya. Dibawa mug itu menuju ke meja yang berada di tengah ruang pantri.
“Nama you apa?”
“Arya.” Ringkas Arya menjawab. Mug di tangannya diletakkan di atas meja berhadapan dengan lelaki itu.
“Ooo, sedap nama. My name is Isyraf Mirza. Just call me Raf. Kalau nak sweet, panggil Abang Raf pun takpo,” ujar Isyraf seraya mengenyitkan sebelah matanya.
Arya hanya mampu tersenyum.
“Umur berapa ni? Nampak muda je.”
“22.”
“Ooo... I baru 26. Rasanya sesuailah kalau kita ni kahwin. Beza umur pun tak jauh. Memang orang kata darah manis gitu.”
Arya gigit isi dalam pipinya. Kepalanya digaru walaupun tidak gatal.
“You nak tahu something tak?” soal Isyraf. Hot chocolate dicicip sedikit.
“Apa dia?” Arya hanya melayan. Kelibat seseorang yang baru masuk ke dalam pantri menarik perhatiannya. Niat Arya yang mahu bersuara terbatal apabila melihat isyarat yang dibuat gerangan itu.
“Semanis-manis hot chocolate ni, manis lagi senyuman you di mata I.”
Pak!
“Auwww! Siapa berani tepuk kepala aku hah?” bentak Isyraf sambil menggosok kepalanya yang ditepuk tadi. Tiba-tiba je. Tengah nak buat pick up line.
“Kau nak menggatal kat sini?” Rafiq yang berdiri di belakang Isyraf menyoal kasar.
“Alah kau ni, bagilah chance kat aku,” balas Isyraf selamba.
“Aku suruh dia kerja sini, bukan nak jadikan dia girlfriend kau. Bangang!” hambur Rafiq. Kerusi di sebelah Isyraf ditarik.
“Tak boleh ke? Gue single ni. Bosan jadi single.”
“Tak boleh!”
“Kenapa? Ke kau yang minat budak ni?” tebak Isyraf.
“Apa hal kau ni?” soal Rafiq.
“Kau minatlah tu. Sebab tu marah aku dekat dengan dia. Tak apa, aku faham,” ujar Isyraf lagi.
Rafiq sudah menayang riak wajah jengkel. “Apa-apa ajelah. Aku tak layan orang gila.” Kepalanya menggeleng kecil. Jika tidak mengenangkan Arya berada di situ, sudah dibelasah lelaki buaya darat itu.
Arya hanya mampu melihat sketsa yang berlaku itu. Tidak faham sebenarnya apa yang digaduhkan oleh dua lelaki di hadapannya itu. “Err, tuan nak air?” soalnya kepada Rafiq.
Rafiq memandang Arya. “Hmm. Milo.”
Arya mengangguk.
Rafiq hanya memerhati setiap gerak-geri Arya. Lincah sahaja gadis itu melakukan kerja.
“King...”
Pandangan Rafiq beralih. Kening terjongket memandang Isyraf.
“Kau pasti nak jodohkan dia dengan Ray?” soal Isyraf dengan suara yang dikawal. Bimbang didengari oleh Arya.
“Pasti sepastinya.”
“Tak bahayakan budak ni ke?” Isyraf menyoal lagi.
“Just wait and see. Everything will be fine.” Penuh yakin Rafiq menjawab. Bibirnya tersenyum penuh makna.
Isyraf terangguk-angguk seperti burung belatuk. “Apa-apa jadi, salah kau,” ujarnya memberi peringatan.
“Aku tahu apa aku buat. Aku tak bodoh lagi.”
“Up to you.” Isyraf malas mahu membidas apa-apa. Jika itu katanya King, dia hanya mampu ikut. Baik atau buruk, tolak ke tepi. Jika dia bidas sekali pun, sudahnya dia yang sakit hati nanti. Sesiapa sahaja tidak mampu untuk melawan kata-kata daripada seorang Rafiq Adrian. Lawan? Silap-silap mulut kena sumbat pinggan. Mahu?
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT)
RomancePrak! "My phone!" "RIP for your phone." "Encik! Hei! Telefon saya siapa nak ganti?" "What? Not my problem, dude." Bermula dengan pertemuan yang tidak dijangka itu, berakhir dengan sebuah perkahwinan. Daripada stranger, kepada husband and wife. ...