BAB 12

814 16 4
                                    

NAUFAL memandang Risa yang tidak bergerak-gerak dari tadi disebabkan terlalu fokus menikmati persembahan menari orang-orang Korea di Hongdae. Dia hanya berdiri di situ tanpa kata.

Mahu tidak mahu, Naufal ikut mendiamkan diri. Tidak mahu mengganggu perempuan itu. Karang tidak fasal-fasal kena marah.

Bagi membuang rasa bosan tidak dilayan, Naufal memerhati keadaan sekitar. Begitu ramai orang berhenti di situ untuk menyaksikan persembahan menari.

Hongdae memang terkenal dengan persembahan menari, menyanyi dan apa jua bakat yang ingin ditonjolkan di situ tanpa had. Boleh dikatakan kawasan Hongdae merupakan tempat kebanyakan orang-orang muda Korea melepak sambil berhibur. Bukan orang Korea saja, malah pelancong dari seluruh dunia juga suka menghabiskan waktu di situ.

Memang meriah. Jadi, tidak hairanlah Risa termasuk dalam golongan tersebut. Naufal pasti Risa suka dengan persembahan menari. Kalau tidak, tidak mungkin dia boleh jadi seperti Olaf daripada filem Frozen. Bezanya tiada senyuman lebar seperti Olaf. Beku.

Hati Risa melonjak-lonjak kegembiraan apabila lagu kegemarannya dijadikan pilihan untuk kumpulan lelaki muda itu menari. Lagu All I Wanna Do dendangan Jay Park mula berkumandang di situ. Semua penonton mula bersorak.

Risa hanya menepuk tangan sambil dalam hatinya turut bersorak sakan. Naufal sudah menjelingnya. Hamboi, ingatkan dah jadi patung salji. Rupa-rupanya masih boleh bergerak walaupun hanya bertepuk tangan. Dia hanya mampu geleng kepala melihat gelagat Risa.

Baru saja matanya memandang semula ke hadapan, salah seorang lelaki yang menari, menarik lengannya. Naufal tergamam apalagi Risa. Serta-merta tepukan tangan Risa terhenti. Semua orang mula bersorak teruja.

Terasa bergegar kepala lutut Naufal apabila berdiri di tengah-tengah khalayak ramai. Adoyai, apa yang dia orang nak daripada aku? Nak aku menari ke? Dia orang tak tahu ke aku ni sangat gagal apabila menari? Nak jadikan aku sebagai bahan lawak ke sekejap lagi? bebel Naufal dalam hati.

Tidak semena-mena peluh dingin jantannya mula merenik di sekitar dahi walaupun cuaca sejuk. Dia pandang Risa yang sedang merenung tepat pada dirinya. Lelaki yang menariknya tadi memandangnya dengan harapan dia akan menari.

Mahu saja Risa melarikan diri dari situ apabila melihatkan gaya Naufal menari. Dia tidak pasti tarian jenis apa yang ditunjukkan oleh Naufal. Jelas sekali dia kelihatan janggal. Rasanya Naufal sedang berjoget ikut suka hatinya.

Namun, dengan muka merahnya, dia tetap meneruskan tariannya walaupun ada sesetengah penonton sudah mula ketawa dan berbisik-bisik. Tidak kurang juga ada yang bersorak sakan memberi sokongan.

Risa mengetap bibirnya. Menahan rasa geli hati melihatkan Naufal begitu. Lubang hidungnya mula kembang kuncup. Mukanya juga merah.

"Hahaha!"

Naufal terkesima melihat Risa sedang ketawa bersama penonton yang lain. Dia terus berhenti menari. Dia mula menggosok-gosok matanya tidak percaya.

Betulkah apa yang aku nampak sekarang? Hamboi, seronok gelakkan aku sambil pegang perut lagi. Tarian aku tu tarian jenis lawak ke?

Risa tersedar. Tersedar dia sepertinya sudah lama tidak ketawa sebegitu rupa. Dia terpandang Naufal yang terpaku memandangnya. Oh, tidak! Tanpa berfikir panjang, dia terus beredar dari situ.

Naufal tersentak sebelum mengejar Risa dalam khalayak ramai.


"KETAWA ajelah. Saya tak marah pun," ujar Naufal sambil matanya sudah separuh tertutup melihatkan bahu Risa yang dari tadi turun naik akibat menahan tawa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HATIKU MEMILIHMUWhere stories live. Discover now