BAB 6

487 10 0
                                    

MULUT Risa terlopong melihat kecantikan istana Gyeongbokgung. Biasanya dia hanya melihat istana itu menerusi YouTube. Dia seakan-akan tidak percaya dia sudah berada di situ menikmati keindahan istana yang sudah lama ingin dijejaki.

Dia melihat suasana di sekitar istana itu dengan perasaan kagum. Ramai pengunjung di situ seperti dirinya memakai pakaian tradisional Korea. Tidaklah dia berasa canggung mengenakan pakaian tradisional orang Korea.

Tanpa membuang masa, Risa terus mengambil gambar dirinya berlatarbelakangkan istana. Dia perlu gunakan masa yang ada secepat mungkin. Karang terlambat kembalikan hanbok, takut kena bayar lebih lagi.

Setiap sudut yang dia rasa menarik dan cantik, dia ambil gambar. Dah macam robot bergerak pula.

Naufal yang dari tadi mengikut Risa dari belakang hanya mampu menggeleng kepala sambil tersengih melihat gelagat Risa. Tanpa pengetahuan Risa, dia curi-curi mengambilnya lagi. Dalam hati, dia sudah tidak peduli dengan amaran Risa. Dia cuma perlu pastikan Risa tidak sedar dirinya diekori dari tadi.

Risa tiba-tiba bergegas keluar dari kawasan istana setelah melihat jam pada skrin telefon bimbitnya. Dia masih ada 15 minit sebelum masa tamat. Apabila dia baru saja melepasi pintu gerbang istana, sekumpulan besar pelancong dari China berpusu-pusu masuk tanpa memandang ke kiri dan kanan.

Risa tersekat di tengah-tengah. Jantungnya mula berdegup kencang. Panik. Tapak tangan kanannya terus ditekap ke dada. Peluh dingin mula muncul di dahinya. Risa, bawa bertenang. They're not them. Kau dekat Seoul, Korea. Bukannya dekat Kuala Lumpur. Relaks.

Risa menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Dengan secebis kekuatan, dia merempuh kumpulan besar itu. Dalam hati mendidih panas kerana diperlakukan begitu. Minta maaf pun tidak apatah lagi nak pandang mukanya. Dia pun nak cepat juga.

PUCAT muka Risa apabila menyedari hairband tiada di atas kepalanya. Dia sudah tiba di kedai tempat dia menyewa hanbok. Aduh, dekat mana pula hairband tu?

Risa bergegas keluar dari kedai itu dengan niat mahu mencari hairband yang berkemungkinan jatuh di jalanan. Tertunduk-tunduk badannya mencari di sekitar jalan itu.

Argh, kalau jatuh berdekatan situ, tidak mengapalah juga. Kalau jatuh di istana tadi, mahunya dia terpaksa berpatah balik ke sana. Haisy.

"Miss!" Pekerja dari kedai Hanboknam itu memanggilnya.

Risa yang keresahan segera menoleh. Pekerja itu melambai ke arahnya sambil menunjukkan hairband. Mata Risa terbeliak. Hairband tadi!

Tanpa berlengah lagi, Risa menghampirinya dengan muka tidak percaya. Dia mengambil hairband itu dan memeriksanya. Dia pandang pekerja itu yang tersenyum.

"Where did you find it?"

"Just now. On the floor."

Lebar senyuman pekerja itu sambil memberitahu di mana dia menjumpai hairband tersebut.

"Really? Thank you so much!"

Pekerja itu tersenyum sambil angguk kepala.

"Ah, I should change my cloth now. Time's up, right?"

Laju saja kepala pekerja itu mengangguk. Risa bergegas masuk ke dalam kedai untuk menukar pakaian.

Pekerja itu memandang ke dalam kedai sebelum mengalihkan pandangannya ke tepi kedai. Naufal melambaikan tangan kepadanya sambil tersenyum. Pekerja itu angguk sambil tunjuk ibu jari.

HATIKU MEMILIHMUWhere stories live. Discover now