BAB 9

442 10 0
                                    

RISA tergamam melihatkan Naufal sedang berdiri di hadapannya. Saat itu mereka berada di depan pagar yang dipenuhi dengan mangga cinta. Naufal tersenyum memandangnya.

"Hai. Kita terjumpa lagi. Kata orang kalau dah jumpa lebih daripada tiga kali, ada maksud tau."

Risa mencebik. Dia terus membuang pandangan ke hadapan. Malas mahu melayan lelaki yang terlebih perasan itu.

"Boleh tak kalau saya nak mintak sesuatu daripada awak?"

"Apa lagi yang awak nak daripada saya ni?" soal Risa malas tanpa menoleh kepada Naufal.

"Saya nak awak jadi kawan saya untuk sehari ni aje, boleh?"

Mendengarkan permintaan yang dirasakan tidak masuk akal itu, Risa terus menoleh. Dia tenung muka berharap Naufal.

"Sekarang ni fikiran awak waras atau tidak?"

"Ya. Saya waras dan nak berkawan dengan awak walaupun sehari aje. Boleh dipertimbangkan tak?"

Risa mengeluh halus. Dia tarik nafas dalam-dalam. Dalam hati mahu saja menolak. Namun, apabila difikirkan semula, lelaki itu memberinya air apabila dia hampir tercekik ketika makan mi. Jadi, tidak eloklah kalau dia terus begitu.

Tetapi, jangan haraplah dia mudah-mudah mengikut permintaan lelaki itu.

"Boleh, tapi dengan satu syarat."

Dia dapat melihat mata Naufal sudah bersinar-sinar memandangnya.

"Kalau ada salji turun sebelum pukul 11.00 pagi ni, saya akan terima awak sebagai kawan selama sehari. Kalau tak ada, maaflah ya. Awak carilah kawan lain. Deal?"

Minta-mintalah salji tak turun nanti, pintanya dalam hati. Resah.

Naufal terkedu. Kepalanya mendongak ke langit yang cerah. Dia sudah lama di situ. Tiada pula salji turun. Salji sudah turun sebelum dia tiba di Seoul lagi. Namun, melihatkan wajah Risa, dia reda. Dalam hati sudah mula berdoa agar salji turun.

"Okay, deal. Kalau salji turun sebelum pukul 11.00 ni, awak janji akan jadi kawan saya hari ni, kan? Tak boleh mungkir janji eh. Nanti buruk siku tu."

"Siku memang dah buruklah. Mana ada orang siku lawa sangat. Ada aje siku yang hitam dan berkerak," jawab Risa selamba.

Erk, ada saja jawapan minah ni. Geram bercampur geli hati dia dengan telatah Risa.

"Hmm, ada setengah jam lagi ni. Saya rasa salji akan turun hari ni. Sebab dah seminggu saya dekat sini, salji tak ada turun lagi."

Risa tersentak. Hatinya mulai cemas kerana memikirkan dia terpaksa menjadi kawan Naufal untuk hari itu. Dia cuba mengawal riak mukanya walaupun dalam hati bukan main bimbang.

"Tengoklah kalau ada."

Risa buat-buat sibuk mengambil gambar. Malas mahu melayan Naufal.

Naufal tersenyum.


RISA hampir tersenyum memandang riak wajah tidak keruan Naufal dari tadi memandang jam di pergelangan tangan kirinya. Ada tiga minit lagi sebelum pukul 11.00.

Dalam hati Risa sudah bersorak gembira kerana yakin dia akan menang. Yeay!

"Saya rasa tak payah nak tunggu lagi dah. Salji takkan turun."

Saat dia menuturkan ayat terakhir, kekapas putih sejuk mengenai pipinya. Risa pegang pipinya. Basah. Sejuk. Dia pandang ke atas, kemudian sekeliling tempat itu.

HATIKU MEMILIHMUWhere stories live. Discover now