BLURB

3K 28 1
                                    

​​Tajuk: HATIKU MEMILIHMU
Penulis: PHIDOT
Harga: RM25 / RM28
ISBN: 978-967-2116-49-3

Dunia Risa penuh dengan duka sehingga dia bertemu dengan Naufal, lelaki yang penuh dengan senyuman ketika bercuti secara solo di Seoul, Korea. Sungguh hatinya berasa jengkel setiap kali lelaki itu cuba mahu berkawan dengan dirinya walaupun sudah puas ditolak dengan pelbagai amaran dan cara. ​​​​

Sikap dingin Risa membuatkan Naufal penasaran. Wajah tanpa senyuman itu menggamit rasa ingin tahunya terhadap Risa, dengan lebih mendalam. Betapa sukarnya dia mahu mengetahui nama gadis itu apatah lagi mendekatinya. Hatinya sering berkecil hati dengan kata-kata berbisa Risa, namun dia tidak pernah jemu dan semakin galak pula cuba memikat hati itu.

Disebabkan kedinginan Risa, Naufal memanggilnya dengan nama Mawar.

"Saya Risa okey. Bukannya Mawar. Nur Risa. Risa. R.I.S.A."
Checkmate!

Ingatkan mereka tidak akan pernah bertemu lagi, namun takdir menemukan mereka semula ketika Risa mula bekerja di Dapur Dean. Semakin Risa cuba melarikan diri, semakin dekat pula Naufal mendapatkannya.

Disebabkan satu kejadian, Naufal mengaku Risa kekasih hatinya dan Risa pula mahu tidak mahu akur saja dengan kenyataan itu, walaupun hatinya membantah seratus peratus!

"Sweet talker."
"Only for you," balas Naufal sambil mengenyit matanya nakal.
Risa mencebik. "Liar."

Kemanisan itu tidak lama apabila Shila, bekas kekasih Naufal muncul menagih cinta lelaki itu. Shila, wanita yang serba-serbi sempurna membuatkan Risa hampir berputus asa untuk mempercayai Naufal.

POS PERCUMA

🍀Untuk melanggan
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069
http://www.wasap.my/+60132588069

WALK-IN KE Kedai Buku DearNovels potongan sehingga 25%.

HATIKU MEMILIHMUWhere stories live. Discover now