Aku dibeli oleh tuanku seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun. Selepas aku dibeli, aku berasa bahagia sangat dilayan seperti puteri.
Namun kebahagian aku hanya seketika sebelum aku dijadikan sebagai 'punch bag' untuk dia lepaskan amarah kerana dia sering dibuli di sekolah.
Bukan itu aje, aku malah diconteng sehingga wajahku hodoh. Suatu malam, aku bangun dan mengusap lembut rambutnya. Berkata dalam hati, 'Tabahlah, tuan. Tuan harus tabah hadapi hari-hari persekolahan.'
Sewaktu mahu memanjat balik sebuah rak buku kecil, rak buku kecil itu menyenget lalu menyebabkan bekas alat tulis terjatuh ke atas badan tuan.
Salah satunya, hujung gunting telah menacap bahagian dada dimana terletaknya jantung milik tuan. Darah kelihatan memercik lebat.
Aku tak tahu nak buat apa sekarang sebab aku hanya sebuah boneka. 'Maafkan aku, tuan. Maaf.'
YOU ARE READING
Separa Seram
Mystery / ThrillerKompilasi kisah pendek separa seram pelbagai jenis. "Awas. 'Aku' akan sentiasa mengintaimu." ⚠️ Baca ketika anda sedang bersendiri. Kalau nak lagi syok. ⚠️ Kanak-kanak, wanita hamil, orang tua, pesakit jantung, orang yang dah nak hadapi examination...