06- Diari Danisya (2)

4 2 0
                                    

Dengan lafaz doa pelindungan diri, Hafif memasuki kelas 5SN2 dan mengambil buku diari itu untuk dibaca. Halaman pertama dibaca. Terdapat biodata si pemilik.

Owner: Danisya
Tujuan: Sekadar diari dan perancangan seterusnya.

"Perancangan seterusnya?" Hafif curiga dengan ayat yang ditulis oleh Danisya. Halaman demi halaman semuanya berkisah tentang kehidupan Danisya yang sering dibuli.

Hari ini.

Tolong! Sesiapa membaca isi ayat ini tolong saya!

Lokasi- Loker penyimpanan barang di belakang sekolah

Sebab- Saya tidak dapat melepaskan diri daripada sekumpulan geng pembuli dan mereka akan menyekat laluan saya sekiranya saya cuba melepaskan diri. Ahli mereka (pembuli) terlalu ramai. Saya lemah, tidak berdaya kerana selalu dipukul dan selalu dihentak ke dinding dengan mereka. Hari ini mereka akan mengurung saya di sebuah loker. Saya menulis memo ini kerana saya tahu apa yang akan berlaku pada diri saya. Saya mohon! Saya serius! Tolong selamatkan saya secepat mungkin!

"Hah?!" buku diari Danisya terlepas dari pegangan tangan. Hafif berlari secepat mungkin bagi menyelamatkan nyawa Danisya.

↪️↪️↪️

Separa SeramWhere stories live. Discover now