Emili telah menjadi pemilik salah satu rumah sewa di sebuah flat. Dia terpegun memandang dekorasi rumah yang agak mewah dan baharu.
Emili meneroka dua buah bilik, salah satu merupakan bilik stor. Emili berasa agak terkejut dengan satu peti kayu antik sederhana besar didalam bilik stor itu.
Kerana penasaran, Emili membuka pintu peti kayu lalu menjumpai sebuah buku tebal lama.
Dia mengambil, membuka setiap helaian tersebut, tetapi tiada apa-apa pun. Sehinggalah ke helaian halaman terakhir buku tebal lama, Emili menjumpai sebuah lukisan berbentuk bulat berlohong hitam.
Entah apa ada dengan lukisan itu. Selama beberapa minit Emili memandang lukisan itu, lukisan berbentuk bulat berlohong hitam mulai bergerak seperti bernyawa. Angin taufan dan langit mendung muncul. Emili berasa terkaku selepas lukisan tersebut bernyawa.
Akhirnya, lukisan itu menyedut dirinya ke dalam. Emili disedut masuk, tiada siapa yang menolong dia keluar.
Ya. Pakcik pemilik rumah flat pernah berkata sebelum Emili memilih untuk tinggal disitu bahawa rumah sewa di flat sudah penuh didiami tapi cuma ada satu sahaja yang tinggal, itupun sedikit 'berpuaka' kerana dahulu pemiliknya seorang yang suka mengamalkan ilmu ghaib.
Namun Emili tidak mahu mendengar kerana menganggap pakcik pemilik flat hanya mahu menakutkan dia sahaja.
YOU ARE READING
Separa Seram
Mystère / ThrillerKompilasi kisah pendek separa seram pelbagai jenis. "Awas. 'Aku' akan sentiasa mengintaimu." ⚠️ Baca ketika anda sedang bersendiri. Kalau nak lagi syok. ⚠️ Kanak-kanak, wanita hamil, orang tua, pesakit jantung, orang yang dah nak hadapi examination...