05- Diari Danisya

5 2 0
                                    

Hafif seorang ketua pengawas berdedikasi Sekolah Menengah Kluster Cemerlang. Dibantu oleh seorang perempuan penolong ketua pengawas, Danisya. Hafif dan Danisya masing-masing sudah berada di tingkatan 5.

Danisya bukan lah sepopular pelajar perempuan lain. Dia pintar namun lebih suka menyendiri dan menyibukkan diri dengan melakukan tugas pengawas.

Danisya juga sering dibuli oleh rakan-rakan sebayanya disebabkan sifatnya yang pendiam, tidak suka melawan.

Pada sebelah petang pula, Cikgu Joshua, selaku guru disiplin meronda meminta Hafif dan Danisya bertugas selama dua jam sebelum dibenarkan pulang.

Danisya datang menyatakan sesuatu kepada Hafif. "Saya... err tak dapat bertugas petang ni sebab ada urusan penting."

Hafif sekadar anggukkan kepala. "Takpe. Pergilah."

Tinggal lah Hafif bertugas sendirian dari blok A hingga blok E. Dari koridor ke koridor.

Sampai sahaja di hadapan kelas 5SN2, kelas tempat Danisya ditempatkan, Hafif menjumpai sebuah buku diari berkulit warna biru di atas meja belajar Danisya.

↪️↪️↪️

Separa SeramWhere stories live. Discover now