Aku dan para Weird's Haunter sedang menyelusuri setiap kawasan terlarang tersebut.
Bagi yang tidak tahu, wilayah Pripyat di Chernobyl, Ukraine merupakan kawasan larangan sehingga sekarang atas faktor bacaan radiasi nuklear tinggi di kawasan itu. Dahulunya sebuah reaktor nuklear meletup terbakar dan mengakibatkan penduduk di situ mula berpindah ke wilayah lain. Alhasinya, kawasan itu menjadi kawasan larangan. Pokok dan rumput-rumput di situ mulai terbiar seperti kawasan semak samun.
"ALI! Kita kena selamatkan diri! Mereka semua sudah dibunuh oleh mahluk misteri tu! Tinggal kita je!" Asfa keluar tergesa-gesa sambil menjerit nama aku.
Spontan, Asfa mencengkam erat tapak tangan aku untuk dibawa lari bersama. Entah...aku tetiba bahagia dia sentuh tangan aku walaupun berlapik sarung tangan kapas.
"Ali, awak tercegat apa lagi! Jom lari!" Asfa memaksa aku supaya terus ikut berlari.
Aku dan dia berlari sehingga tiba di tempat parking. Kereta Hilux segera dihidupkan enjin. Aku jadi driver, dia duduk tepi. Kereta Hilux laju membelah jalan raya bersemak samun hingga keluar melimpasi simpang ke wilayah kota lain. Aku sempat memperlahankan kelajuan kereta sebelum menoleh Asfa. "Awak nampak apa je masa kejadian?"
Asfa menghulurkan kamera Canon. Terdapat beberapa gambar mahluk aneh tak ubah seperti bigfoot menelan serentak kesemua para ahli Weird's Haunter. Darah penuh terpercik dari mulut mahluk aneh itu.
YOU ARE READING
Separa Seram
Mystery / ThrillerKompilasi kisah pendek separa seram pelbagai jenis. "Awas. 'Aku' akan sentiasa mengintaimu." ⚠️ Baca ketika anda sedang bersendiri. Kalau nak lagi syok. ⚠️ Kanak-kanak, wanita hamil, orang tua, pesakit jantung, orang yang dah nak hadapi examination...