08- Diari Danisya (4)

5 3 0
                                    

"Dan, korang buli Danisya kan? Korang tengah kurung dia dalam loker ni." sambung Hafif.

"Err kami... Sebenarnya ni semua salah you, Hafif! You selalu pandang dia jer. I you taknak pandang pun. I benci Danisya sebab dia selalu rapat ngan you." Nafas Zila naik turun.

"Dah memang tugas aku dan dia sebagai pengawas sekolah. Wei, kalau ye aku suka dia, dah lama heboh satu sekolah yang aku ada hubungan dengan dia. Zila, tolong jangan obses sangat tentang aku." Hafif membuka pintu loker penyimpanan barang. Terlihat sosok tubuh Danisya rebah terbaring kulai. "Danisya, Danisya..."

Pipi Danisya ditepuk lembut beberapa kali. Tiada respon juga. "Kalau apa-apa berlaku kat dia, korang kena bertanggungjawab!" marah Hafif.

Zila berasa takut sebelum dia memecut lari kerana takut akan ditangkap. Diikuti oleh rakan-rakan lain.

Hafif mengeluarkan telefon dan mendail nombor pengawal keselamatan supaya Zila dan rakan-rakannya tidak dapat meloloskan diri. "Hello pakcik, tolong sekat perjalanan sekumpulan pelajar perempuan tu bila pakcik nampak."

"Ok"

Tubuh Danisya dicempung Hafif untuk dibawa ke bilik rawatan.

Sehari kemudian...

‘ SERAMAI LIMA ORANG PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 5 SEKOLAH MENENGAH KLUSTER CEMERLANG DIMASUKKAN KE PUSAT PEMULIHAN AKHLAK KERANA MEMBULI TERUK SEORANG PENOLONG KETUA PENGAWAS DI SEKOLAH ITU ’ — Akhbar Harian Pelajar

Pemberitahuan: Yup. Tak seram langsung...hanya mengisahkan cerita buli.

Separa SeramWhere stories live. Discover now