"HAHAHA! Macam anjing kena bakar dah dia!"
"Weh aku dengar dia kan yang rampas Hafif daripada kau?"
"Dia ni lah!"
"Dasar perampas."
"Heh dasar penolong ketua pengawas nerd. Saja dia nak dapat jawatan tu supaya dia sentiasa berdampingan Hafif."
Suara sumbang sekumpulan pelajar perempuan menyelubungi kawasan loker penyimpanan barang sekolah. Tempat itu memang sunyi melainkan ada petugas pembersihan datang.
Hafif berhenti melangkah. Teringat balik akan lokasi Danisya tulis.
Lokasi- Loker penyimpanan barang di belakang sekolah
"Memang tempat ni lah. Tak salah." gumam Hafif sebelum menghampiri sekumpulan pelajar perempuan itu.
"Eh Hafif... You tengah bertugas ker?" soal Zila, salah seorang ahli sekumpulan pelajar perempuan itu. Zila, gadis fanatik yang meminati Hafif sejak dulu lagi.
"Aah. Kau ngan geng kau pula buat apa?" sinis Hafif.
"Ouh kami sekadar lepak jer. Tak ada buat apa pun."
"Bukan kah sekarang sudah habis waktu persekolahan? Pelajar lain tidak dibenarkan berada di perkarangan sekolah melainkan pengawas bertugas!" Hafif bersuara lantang. Membuatkan sekumpulan pelajar perempuan termasuk Zila terdiam.
↪️↪️↪️
YOU ARE READING
Separa Seram
Mystery / ThrillerKompilasi kisah pendek separa seram pelbagai jenis. "Awas. 'Aku' akan sentiasa mengintaimu." ⚠️ Baca ketika anda sedang bersendiri. Kalau nak lagi syok. ⚠️ Kanak-kanak, wanita hamil, orang tua, pesakit jantung, orang yang dah nak hadapi examination...