Kemunculan

249 10 3
                                    

Note¹:-
1. //......//= kata hati seseorang boleh didengari.

2. Gskkhj= dalam hati

_________________________________________

< 3 bulan sebelum... >

"Dengan ini saya memutuskan bahawa... Defendan Seo _ _ _ _ _ _ _ _, 37, dibebaskan dari hukuman penjara."

TOK!

TOK!

TOK!

Sesudah daripada itu... Orang² awam yang hadir bangun dari tempat duduk mereka mula bersurai dari mahkamah setelah selesai dengan pembebasan seseorang dari penjara.

Kreeaaannk~

Tuil pintu besi yang dipusingkan dari dalam bangunan berpalang kedengaran. Menunjukkan ada seseorang akan berjalan keluar dari bangunan sana setelah lama dipenjarakan dalam penjara.

Dengan perlahan... 'Orang' itu melangkah keluar dari sana mendekati susuk seseorang yang sedang menunggu kehadirannya dengan senyuman bangga dibibir.

"Tahniah saya ucapkan Tuan Seo Kang Shil. Akhirnya, bebas juga tuan dari penjara." mereka berdua saling berbalas salaman.

Ya!

Gerangan yang baru sahaja keluar dari penjara ialah...

Seo Kang Shil.

Juga, orang yang sama dibicarakan di mahkamah setengah jam lalu.

"Terima kasih, Peguam Im(Im Jeong Min). Tanpa bantuan kuat dari Peguam Im tak mungkin saya dapat dibebaskan macam sekarang, bukan?"

"Hahaha... Itu takkan jadi masalah sebab ianya memang tugas saya sebagai seorang peguam. Lagipon, orang macam tuan ni memang tak sesuai duduk dalam penjara berpalang tu."

// Apatah lagi bebas. //

Kang Shil berdengus tanpa dia sedari. Seolah-olah tahu yang Peguam Im sedang memperlekehkan dia dalam hati. Heh! Dasar talam dua muka. Kau tunggulah nanti. Kang Shil tersenyum devil tanpa Peguam Im sedari.

"Haha~ kalau ada peluang... Kita jumpa lagi yerrr, Peguam Im. Dan terima kasih banyak untuk hari ni." Kang Shil senyum kecil yang sebaliknya palsu semata-mata.

"Sama²"

Kemudian, pertemuan mereka berdua berakhir pada hari itu sebelum mengikut haluan masing². Tidak berjumpa lagi.

[ 3 hari kemudian... ]

"BERITA TERKINI;- tiga hari lepas, Im Jeong Min, 29, peguam terkenal mati di dalam sebuah nahas kereta akibat kereta yang dikendarainya meletup ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Seoul.
Polis kini---ZIUPP!"

Televisyen itu dimatikan sebelum sempat berita itu habis disiarkan. 'Orang' ini kemudian melempar remote televisyennya ke sembarangan tempat. Puas hati dengan apa yang ditonton dan didengarinya di kaca televisyen tadi.

"Heh! Memang bagus pon dah mati. Baru puas hati aku." smirk devilish. Kang Shil selepas itu membawa diri ke arah almari pakaiannya. Kemudian, dibuka perlahan pintu sliding itu menampakkan 'benda' yang disimpannya rapi.

We Are... BOBOIBOY!!! (DISCONTINUED)Where stories live. Discover now