Part 7

2.4K 9 2
                                    

Di balai polis IPD Johor Bahru bahagian jenayah Inspektor Azlan berjabat salam dengan Dato Syed Hakeemy yang datang memberi keterangan mengenai kes samun baru-baru ini.Hanya seorang penjenayah  dapat di berkas tetapi seorang lagi larikan diri,atas bantuan seseorang yang mulia hatinya, membantu dirinya ketika itu tapi orang membantunya masih keadaan kriktikal koma mendapat hentakkan di kepala dan tertusuk benda tajam mengenai organ penting.

Dato Syed Hakeemy tidak tahu bagai mana harus membalas budi orang itu.Dia masuk ke kereta dan menuju ke HSI di pandu oleh pemandu peribadi.Di luar tingkap dia termenung memandang pemandang bandar Johor Bahru yg semakin maju. Dia mula terkenang kejadian tempoh hari.

"HARI ini saya pandu sendiri.Saya tak perlu pemandu harini." jelas Hakeemy kepada Ismail pemandunya.Dia harus ke bank untuk mengambil dokumen penting untuk projek terbarunya.

"Bonda,along pergi dulu.Nanti along call kalau dah sampai ofis."Hakeemy mencium dahi bondanya Datin Seri Sharifah Kalsum yang sedang menjamu sarapan pagi.

"Adik teman bonda jangan keluar selain dengan bonda along dapat tahu siaplah."Hakeemy memberi amaran kepada adiknya Sofi Alya.

"Alonggg....adik nak keluar kawan-kawan adiklah..Dah janji pun."Sofi Alya mengeluh dengan arahan abangnya.Dia tahu apa yang keluar dari mulut along itu adalah wajib dia patuhi kalau di ingkar akibatnya elaun bulanan pasti di potong separuh.

"No.. full stop."Hakeemy membesarkan mata.

"Along pergilah nanti lambat sampai ofis pula.Bonda nak keluar dengan adik nanti."Datin Seri Sharifah Kalsum melerai ketegangan yang berlaku. Hakeemy menyalami tangan bonda dan berlalu pergi.

"Bonda tengok tu along suka nak kekang apa adik buat.Ini tak boleh itu tak boleh dia semua boleh."Sofi Alya bersila di kerusi meja makan tanda protes dengan alongnya.

"Hahaha yang kamu pergi menjawab itu kenapa.Bonda dah pesan kalau along cakap apa-apa kena dengar dan jangan bantah."Datin Seri Sharifah Kalsum meneruskan juadah yang terhidang.

"Bonda...adik nak keluar dengan kawan-kawan adik lunch nanti.Tapi tolong jangan bagitahu along please....."Sofi Alya mengedipkan mata sambil tangan menyentuh tangan bondanya.Datin Seri Kalsum memandang dengan reaksi bersahaja.

"Okay tapi kali je bonda cover line..."hanya itu keluar dari mulut Datin Seri Kalsum sambil menyambung suapannya.

" Yeahhh..."Sofi Alya girang dengar kata-kata bondanya.Dia tahu pasti bonda akan izinkan tapi kalau along tahu dia berpakat dengan bonda pasti dia kena terima hukuman dari Hakeemy.

(Halaman Nur Villa)

"Awak jaga rumah dan tengokkan bonda kalau dia nak kemana bawa saja tapi awak kena guide dia.Papa tak balik lagi saya risau kalau jadi apa-apa nanti."Hakeemy menuju ke kereta.

" Ingat saya pesan tadi Mail ada apa-apa inform saya." Hakeemy mengingatkan sekali lagi.Dia tak mahu apa-apa terjadi dengan bondanya.Risau bila papanya belum balik dari Dubai atas urusan kerja.

"Baik dato,hati-hati bawa kereta." Ismail mengiringi Hakeemy menuju ke kereta.

Dia memandu kereta BMW X3 warna gold metalic yang mempunyai jalur  hitam di tengahnya.Beberapa ketika
kemudian dia sampai di bank.Keluar saja dari perut kereta dia menuju ke bank dan hampir sejam dia di bank dia bergegas ke kereta. Tiba-tiba dia ditangani oleh 2 orang yang memakai topeng dan memegang pedang samurai pendek. Keadaan di sekitar sepi tiada orang untuk meminta bantuan.

"Bagi aku apa yang kau ada sekarang cepatt!" penyamun itu memandang kiri kanan dan sorang lagi mengacu pedang samurai padanya.Hakeemy tidak dapat buat apa-apa dia terpaksa mengikut arahan mereka.

"Okay kau ambik duit..ni..seribu.."
Hakeemy mengeluarkan duit di dompetnya.

"Tu...dalam beg kau apa bagi aku cepat."Hakeemy memandang beg cage di tangan dia tidak boleh lepaskan ni adalah dokumen penting.

"Aku dah bagi duit.Tak cukup lagi ke ini tak boleh."Hakeemy berkeras.
Penyamun itu  cuba merampas beg cage di tangan Hakeemy,tetapi Hakeemy tidak lepaskan lalu penyamun itu cuba bertindak agresif menyerang dengan mengunakan pedang samurai Hakeemy mengelak tetapi dia di tendang di perut oleh seorang lagi dan cuba merampas beg cage itu.

"Aku cakap lepas kau tak faham ke!"Penyamun itu menendang lagi perut Hakeemy untuk kedua kalinya.Perit itu Hakeemy rasa sekarang.

"Wei... Kau tetak tangan dia cepat.."kata seorang lagi.Penyamun seorang lagi mengikut arahan kawannya sudah mengangkat samurai itu.Tiba-tiba dia terpelanting di tendang oleh seseorang.

"Apek mana pulak yang menyibuk ni." Penyamun seorang lagi menyerang pemuda cina itu.

Berlaku pergaduhan antara mereka.Hakeemy juga melawan.Tangan berdarah ketika cuba pertahankan diri dan terkena pada pedang samurai itu.Sehingga salah seorang mereka dari mengambil besi dan cuba memukul dari belakang dia mengelak tetapi besi itu terkena pemuda cina itu dan penyamun seorang lagi menikam pedang samurai itu di perut pemuda cina itu. 

Hakeemy memukul penyamun yang menikam pemuda itu seorang lagi melarikan diri meninggalkan rakannya.Hampir lembik Hakeemy pukul dia mengikat tangan penyamun itu dengan tali lehernya dan segera menhubungi polis sambil menekan perut pemuda cina itu.Pemuda cina itu tidak sedarkan diri.Darah banyak keluar. Tiba-tiba ada orang datang membantu mereka dan segera di bawa ke hospital.

"DATO... Dato..kita dah sampai hospital."Hakeemy yang mengelamun tadi kembali ke dunia nyata.Dia mengangguk lalu menuju ke bahagian ICU dia ingin bertemu dengan pemuda yang menyelamatkan dia.Baru harini dia berkesempatan dapat berjumpa dengan pemuda setelah 2 hari menguruskan kesnya.Hakeemy meminta orang kanannya menguruskan hal pemuda itu.Sebelum itu Hakeemy berjumpa dengan doktor yang merawat pemuda bernama Alvin.Setelah selasai dia menuju ke bahagian ICU.

"Wad Alvin Chong di mana."Hakeemy menanya di kaunter nurse.Lalu nurse itu menunjukkan arah jalan ke bahangian ICU.

" Ini biliknya dato."Nurse itu menunjukan bilik Alvin sehingga ke depan pintu. Hakeemy mengangguk dan mengucapkan terima kasih,pintu di buka lalu dia terpandang katil yang ada sekujur tubuh yang tidak begerak dan tubuhnya penuh dengan wayar.

Hakeemy merasa bersalah dengan apa yang berlaku.Hatinya tidak dapat berkata-kata tak tahu nak menunjukan reaksi apa.Dia ingati perbincangan tadi dengan doktor.

"DATO keadaan dia sangat kritikal peluang dia hidup tipis.Terdapat 2 organ dia gagal fungsi akibat tusukan benda tajam itu.Kami dah buat pembendahan membuang darah beku di bahagian Lobus Occipital tetapi memberi kesan dia tidak dapat melihat lagi.Jika kami tak mengeluarkan dia akan lumpuh."Dr. Amir menunjukkan Xray dan keputusan MRI kepada Hakeemy membuatkan Hakeemy resah.

"Tolong carikan perderma organ baru. Saya nak dia sembuh macam biasa.Kalau keluarganya ada contact bagitahu saya.Doktar buat la yang terbaik supaya dia sembuh."

Hakeemy yang mengelamun kembali ke realiti lalu dia duduk di sisi Alvin. Tiada respon keadaan Alvin masih lagi kaku.Hakeemy tersentak pintu wad ICU tiba-tiba terkuak.Dia memandang wanita yang masuk lalu wanita itu turut terkejut dengan kehadirannya.

"You siapa?..."soal perempuan itu.

Senafas KasihWhere stories live. Discover now