Busan Art Highscool, 2019.
"Sekarang, saya bakal umumkan pelajar dengan pencapaian terbaik di Busan Art High School." kata pengacara majlis, Kim Jinhee.
Pelajar pelajar yang berada di dalam dewan mulai membisik antara satu sama lain, seperti sudah boleh menebak siapa yang bakal menerima anugerah tersebut.
"Mesti Jeon Jungkook lagi."
"Siapa lagi yang selalu merangkul anugerah tu selain dia?"
"Itulah! tapikan, aku pelik satu benda pasal dia.."Suasana menjadi agak riuh rendah tatkala pelajar pelajar berbual kosong mengenai Jeon Jungkook. Jinhee pula berdehem, tanda suruh diam.
"Ehem! pelajar yang mempunyai pencapaian terbaik bagi setiap subjek ialah.." Jinhee menghela nafasnya.
"Jeon Jungkook...!" katanya, dengan nada hambar, bosan. Sebaik sahaja mendengar nama diumumkan, semua pelajar bersorak.
Namun, ada di antara mereka yang masih tidak henti-henti berbual.
"Apa yang pelik pasal Jungkook tu?"
"Hm, kau tengoklah. Dia mana pernah nak naik pentas tu."
"Yalah, dari dulu dia macam tu.""Jungkook 1, palau 1! Jungkook 2, palau 2!" ujar Jinhee pada mikrofon. Pelajar yang mendengar kata-kata Jinhee terhibur serta-merta.
"ish! mana pulak bocah ni pergi!" bisik Jinhee, sendirian. Mikrofon yang dipegang terus diletakkan. Jinhee berjalan pantas untuk mencari Jungkook yang hilang.
*******
Mulut Jinhee dalam hati tidak henti-henti sumpah seranah. Tetapi, banyak kali juga dia cuba bersangka baik dengan Jungkook.
"Sabar Jinhee, bersangka baik! Jungkook mungkin tak jumpa location perhimpunan kat dalam waze." ujar Jinhee, cuba menghiburkan dirinya.
"Double kill!"
"Triple kill!"Bunyi bising di dalam bilik stor permainan sukan memeranjatkan Jinhee. Namun, sikit pun dia tak terasa takut untuk masuk ke dalam.
Sebaik sahaja tiba di dalam stor tersebut, Jinhee terus mencari Jungkook dengan keadaan berhati-hati. Takut terkantoi pula.
"Haa yes! yes! Go go go!" suara Jungkook yang kedengaran terus Jinhee cuba cari.
"Alaaa! bacot ah semua! main menyorok pulak!" dengus Jungkook kegeraman. Jinhee dengan perlahan lahan mendekati Jungkook.
Headphone yang kemas berada di telinga Jungkook terus Jinhee tarik. Telinga Jungkook pula dipulas sekuat hati, melepaskan kegeramannya.
"Kau asal tak datang perhimpunan tadi?! Kau tau tak, aku panggil kau banyak kali?!" marah Jinhee, disertai bebelan.
Jungkook memekakkan telinganya. Dia hanya meneruskan permainan MLnya sambil menangis dek pulasan telinga Jinhee.
"JungKook anak lelaki Jeon! kau dengar tak?!" Jinhee melepaskan pulasannya.
"Ha? ye kak yung, saya dengar.." balas Jungkook dengan selamba. Jinhee menghela nafas, dia penat melayan sikap Jungkook sebegini tiap tahun.
YOU ARE READING
[C] ✩Trust (믿음)✩ » Jungkook
Fanfiction●Jeon Jungkook Fanfiction● "Kepercayaan adalah salah satu kunci untuk hubungan yang kekal lama." ※start : 28/11/19 ※end : 26/12/19 ★target : at least 2K views and 1K votes√ ♡Highest Ranking : #228 IN FANFICTION