Part 20

157 23 42
                                    

-JINHEE'S POV-

Waktu rehat sepatutnya masa paling berharga dekat sekolah sebab dapat lepak dan makan dengan member.

Namun, sikit pun aku tak rasa macam tu. Malahan, dulang berisi makanan yang Taehyung ambilkan untuk aku tadi langsung tak disentuh.

Pang!

"Aish, sakitlah Kim Taehyung!" marah aku sambil mengusap kepala. Dia pukul guna hujung sudu kot, sakit!

"Kau memang nak mati kelaparan ke?" soal Taehyung lagi dengan nada geram. Ish, dia ni dengan Jungkook sama je! Tak boleh dipisahkan dengan ayat pedas!

"Bukanlah, Tae..aku-"

"Takde selera? Semua sebab hadiah tu?" celah Taehyung sambil makan dengan berselera. Aku mengangguk perlahan kemudian menunduk.

"Haih, kau ni! Bersangka baiklah, mana tau Jungkook tak buka loker harini?" ujar Taehyung. Tak buka loker? Memang sangat mustahil!

"Kenapa aku rasa tak sedap hati eh?" kata aku dengan nada kecewa. Taehyung yang makan dengan gelojoh daripada tadi terhenti.

"Kim Jinhee, itu semua mainan perasaan kau dan tolong letak tepi, please? Makan dulu okay?" Taehyung menolak dulang aku kehadapan, menyuruh aku makan.

"Geundae, Taehyung-"

"Ahh, shut up! You eat now?! Eat! Eat!" marah Taehyung sambil berbahasa inggeris. Sesungguhnya confident itu penting.

"Hmm yela, yela." balas aku, mengalah. Taehyung tersenyum kemenangan. Eh, rilek sikit!

"Good girl~" Taehyung mengusap kepala aku dengan lembut. Aku pula membalas dengan jelingan maut.

"Yah, yeoreobun!" jerit seseorang. Aku dan Taehyung yang terdengar suara familiar tersebut terus toleh. Kim Yugyeom rupanya. Dia berlari anak menghampiri meja kami.

"Waeyo, waeyo?" Tanya Taehyung dengan cemas. Yugyeom terus mengambil tempat duduk sebelah aku. Wajahnya pucat.

"Kim Jinhee." Yugyeom menoleh ke arah aku. Air liur aku telan, agak berdebar ingin tahu apa yang bakal diperkatakan Yugyeom.

"Kau, dah ada musuh baru." kata katanya membuatkan aku keliru. Aku dan Taehyung saling berpandangan.

"Apa kau cakap ni, Yugyeom? Kitaorang tak faham.." balas aku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ahh, sudah! Jomlah pergi kelas Jungkook, nanti korang fahamlah!" Yugyeom terus bangkit daripada bangku. Aku dan Taehyung pun sama.

Semasa dalam perjalanan, Yugyeom cuba menjelaskan perkara yang ingin dia perkatakan tadi.

"Tak, tadi sebenarnya aku nak pergi kelas Jungkook nak ajak dia rehat, tapi-"

"Tapi?" celah Taehyung. Dia berpeluk tubuh. Semakin Yugyeom cuba bercerita, semakin laju debaran jantung aku.

"Aku ternampak Eunbi bagi hadiah dekat Jungkook." kata kata Yugyeom membuatkan mata aku membulat. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke kelas Jungkook.

"Kenapa Eunbi sibuk buat benda yang sama macam aku?!" sumpah, rasa marah geram semua datang secara sekaligus.

Aku yang sudah tiba ke kelas Jungkook menjenguk daripada tingkap sambil mencangkung. Yugyeom dan Taehyung juga melakukan perkara yang sama.

"Jungkook, kau tak nak ke hadiah ni?" soal Eunbi dengan senyuman sinis. Dia menayangkan hadiah aku kepada Jungkook. Eh, apa ni?

"Yugyeom-ah, itu hadiah yang aku nak bagi dia." ujar aku dengan cukup perlahan.

[C] ✩Trust (믿음)✩ » JungkookWhere stories live. Discover now