Part 12

180 33 39
                                    

-JINHEE'S POV-

"Hai, dah lama tak jumpa, kan?" sapa Jaehyun. Dia melangkah ke hadapan, menghampiri aku. Aku yang ketakutan, hanya mampu meneruskan langkah ke belakang.

Jungkook, mana kau?!

Aku kerap menoleh ke belakang berkali kali. Niat aku untuk lari terbantut begitu sahaja, apabila aku tersedar yang aku berada di lorong.

Lorong tu memang gelap, seakan tiada siapa pernah jejak. Orang ramai mesti tak tahu kewujudan tempat ini, kan? Habislah aku!

"Cari siapa tu? Pengganti aku, eh?" sakatnya sambil tersenyum sinis. Aku menelan air liur, kemudian pusing ke belakang. Dengan pantas aku cuba lari.

"Laa nak ke mana tu? Penat aku ekori kau dengan Jungkook sampai ke sini tau!" kata Jaehyun dengan nada sayu. Damn, sempat pulak dia rentap tangan kecik aku ni!

"Lepaskan akulah, Jaehyun p*b*! Kau nak apa lagi lepas kau curang belakang aku?!" sengaja aku menjerit supaya suara aku boleh didengari.

Jaehyun ketawa jahat. Tangan sebelah aku yang masih bebas daripada kekotoran tangan Jaehyun aku gunakan untuk mengambil telefon.

Dengan pantas Jaehyun menarik aku. Dia meletakkan lipatan sehelai kain dan gunakan untuk menutup mulut aku. Pernafasan aku juga terhenti kerana hidung aku ditekup kain itu.

"!@#$%&*" aku tak mampu bersuara, Jaehyun menekup mulut dan hidung aku terlampau ketat. Jaehyun ketawa besar.

Aku yang semakin lama dengan keadaan sebegitu menjadi lemah, dan akhirnya rebah dalam dakapan Jaehyun.

Handphone yang aku pegang juga turut mencium jalan tar. Habis retak handphone aku, macam dah nazak.

Kelopak mata aku semakin lama tidak bermaya untuk terbuka luas. Keadaan sekeliling aku pun nampak samar samar je. Aku akhirnya pengsan.

*******

-JUNGKOOK'S POV-

Aku menjadi panik apabila Jinhee menghilang. Sudah 17 panggilan dibuat, satu pun tak diangkat. Hati aku mula risau, otak aku juga menjadi gelisah.

Aigoo, Jinhee-ya! Neomu mianhae, aku tak sengaja cakap macam tu. Terlepas!

Sedang aku mencari Jinhee seperti orang separuh gila, aku tersempak dengan seseorang. Langkah aku terhenti, begitu juga dengan dia.

Kim Yugyeom.

Muka kerek aku kekalkan, tak mahu berbaik dengan dia pun. Yugyeom pula masih rasa bersalah, dia cuba menghampiri aku.

"Jungkook-ah, kau cari Jinhee ke?" tanya Yugyeom, dengan risau. Aku membiarkan soalan dia ditiup angin dan berjalan meninggalkan dia.

"Bukan hal kau." balas aku. Belum sempat aku lari, Yugyeom menahan aku dengan memanggil nama aku. Aku pun tak tahu kenapa aku berhenti. K.

"Aku tahu dia dekat mana." Mata aku membulat, wajah aku pusingkan ke arah dia. Yugyeom mengambil langkah menghampiri aku.

********

Aku mengajak Yugyeom datang ke rumah aku setelah sekian lama. Aku dan Yugyeom duduk dan memulakan perbualan di kusyen.

"Ni, aku nak bagitahu kau. Jaehyun memang cadang nak culik Jinhee harini, masa kau dengan dia tengah date." terang Yugyeom.

"Lepastu, yang pagi tadi aku jumpa yeochin kau tu, nak warning awal awal pasal benda ni." Aku sedikit tersentak mendengar penjelasan Yugyeom. Siapa je tak rasa bersalah?

[C] ✩Trust (믿음)✩ » JungkookWhere stories live. Discover now