-JUNGKOOK'S POV-
"Macam tulah ceritanya.." aku yang kini duduk di sebelah Jinhee merenung wajahnya untuk melihat reaksi dia yang terdiam.
"Dan masa tu, aku dapat tahu Jaehyun curang dengan aku. Bukan dengan Eunbi je, tapi ada ramai yeoja lain lagi." sambungnya sambil tergelak, seakan mengenang kejadian silam itu.
"Hm, aku pula mula tak percayakan orang sejak tu. Malahan, omma aku juga selalu pesan, 'makin tua usia kau, makin ramai jenis manusia kau kenal tak kiralah dia tu baik atau pun jahat.' " Terang aku panjang lebar.
"Tapi..kenapa kau letak kepercayaan kau dekat aku? Kau tak takut aku jadi macam Eunbi, curang belakang kau?" soalnya dengan sengihan. Aku juga turut ketawa.
"Molla.." balasku, ringkas. Jinhee seakan kecewa, jadi aku cuba memberitahu dia tentang pendapat Taehyung sebelum ni.
"Geundae, Taehyung sebelum ni ada cakap yang kau ni macam diri aku versi opposite. So Taehyung rasa aku boleh belajar untuk jadi macam kau." jelasku secara ringkas. Jinhee tersenyum.
"Jinjja? Baguslah tu. Tapi kau kena ingat jugalah aku ni pun manusia yang tak lari dari kesilapan. Aku harap melalui hubungan ni, aku dapat perbaiki diri aku." ujarnya.
Aku yang terharu, terus memeluk Jinhee dengan erat. Dia agak terkejut namun turut membalas pelukan aku.
Jinhee seakan selesa berada dalam pelukan aku, kerana dia meletakkan kepalanya pada bahu aku dengan selesa.
"Aku rasakan, aku dah ingat kenapa aku letakkan kepercayaan aku dekat kau." Jinhee tergelak. Dalam kepala aku terbayang segala moment sebelum aku dengan Jinhee berubah macam ni.
"Waeyo? Kau tak nak cerita?" Jinhee menolak tangan aku perlahan supaya pelukan dapat dilerai. Kepala Jinhee aku usap.
"Sebab, kau adalah orang pertama yang buat aku senyum sejak aku pindah ke sini." Jinhee mengetap bibir, menahan tawa mungkin?
"Terpulang pada kau nak percaya ke tak nak, tapi itulah yang buatkan aku rasa dekat kau." Reaksi Jinhee berubah kosong. Dia mulai fokus mendengar cerita aku.
"Walaupun kenangan kita berdua banyak bergaduh sebelum ni, aku tak pernah anggap tu sesuatu yang membebankan untuk difikir pun." Jinhee menunduk ke bawah.
"Sebab, apa yang aku rasa melalui sepanjang pergaduhan tu adalah, kita makin dekat sampaikan jadi macamnni." Aku merenung Jinhee yang tidak mengangkat wajah langsung.
Tanpa dijangka, air mata Jinhee tumpah. Dapat aku lihat kesan air mata pada skirt dia.
"Ommo, janganlah nangis!!" aku pula yang gelabah, tak tahu nak buat apa. Jinhee terus mengangkat wajah dan menggeleng laju.
"A-aniya.. aku cuma terharu dengar apa yang kau cerita tu." jawabnya lalu mengelap sisa air matanya.
"Sebelum ni, aku tak pernah dapat rasa cinta daripada seseorang pun, kecuali kau Jungkook. Kau namja yang pertama buat aku menangis terharu macam ni." Aku tersentuh.
"Geokjeongma, Jinhee-ya. Aku akan pastikan yang kau hanya akan rasa bahagia sepanjang dengan aku." Jinhee mengangguk perlahan.
"Gomawo." ucapnya sepatah. Walaupun ringkas, apa yang dia cakap cukup bermakna untuk aku.
"Jinhee-ya." panggilan aku membuatkan Jinhee mengangkat kepala yang kemudiannya menoleh memandang aku.
"Aku nak cakap dengan omma kau sesuatulah." Jinhee tersenyum nipis.
YOU ARE READING
[C] ✩Trust (믿음)✩ » Jungkook
Fanfiction●Jeon Jungkook Fanfiction● "Kepercayaan adalah salah satu kunci untuk hubungan yang kekal lama." ※start : 28/11/19 ※end : 26/12/19 ★target : at least 2K views and 1K votes√ ♡Highest Ranking : #228 IN FANFICTION