Part 22

149 26 38
                                    

-AUTHOR'S POV-

Cikgu Dongwook menatap wajah dua pelajar yang berada di hadapannya dengan tatapan serius. Tiada segaris senyuman pun wujud di bibir lelaki berusia 30-an. Sungguh, perasaan marah dia terhadap dua pelajar itu langsung tidak dapat disorok.

Siapa lagi jikalau bukan Jaehyun dan Eunbi? Sedang semua pelajar di sekolah itu beransur pulang, mereka berdua adalah pelajar yang terkecuali akibat masalah yang dilakukan mereka berdua.

Ppap!

Tangan Cikgu Dongwook yang mencapai pembaris panjang miliknya terus dia pukul ke atas meja dengan geram. Terhinjut bahu dua pelajar yang mendengar pukulan tersebut.

"Kamu nak selesaikan hal ini secara bersendirian atau panggil ibu bapa kamu sekali?" pertanyaan Cikgu Dongwook membuatkan Jaehyun dan Eunbi memandang satu sama lain dengan takut.

"Erm..kami nak.." tergugup Eunbi ingin menjawab soalan Cikgu Dongwook. Eunbi bermain dengan jari jemarinya untuk membuang rasa takutnya. Namun, badan dia yang menggigil jelas ternampak.

"Wae? Takut ke?" Soalan Cikgu Dongwook tidak dijawab, bagai ditiup angin. Cikgu Dongwook yang tidak mampu menahan sabar terpaksa mengeluarkan suara lunaknya.

"Kenapa kamu berdua senyap?! Oh, kacau anak murid saya berani ye?! Baru berapa bulan duduk sini dah tunjuk perangai setan terlepas dia, kamu fikir Jungkook tu senyap dia pengecut ke haa?!" luah Cikgu Dongwook.

"B-bukan, Cikgu.." Eunbi cuba mempertahankan dirinya. Jaehyun pula daripada tadi senyap dan tidak memberi respon kepada Cikgu Dongwook. Muka kereknya dikekalkan.

"Sudah, kami berdua pergi cuci tandas ikut jantina masing masing! Jangan terfikir nak balik selagi tak selesai!" Cikgu Dongwook terus beredar keluar, meninggalkan dua pelajarnya.

Baam!

Pintu yang dihempas kuat Cikgu Dongwook menakutkan Eunbi, jadi dia pun mengikut arahan Cikgu Dongwook untuk membersihkan tandas perempuan.

"Yah, kau nak ke mana?" tanya Jaehyun dengan nada tidak puas hati. Dia tahu Eunbi mahu ke tandas, dia mahu mengajak Eunbi untuk cabut lari.

"Tandaslah, dah tu kau tak nak balik?" jawab Eunbi. Jaehyun menghela nafas kemudian menarik tangan Eunbi keluar daripada bilik disiplin.

"Yah, tandas lelaki kat situ-"

"Senyaplah, kau nak ikut arahan ssaem tu sangat apahal?! Balik jelah!" balas Jaehyun, tidak mengalah. Eunbi sudah ketakutan.

"Kau serius ke?! Tapi aku nak kemas.." Jaehyun mengabaikan rengekan Eunbi. Jaehyun ingin ke kelasnya untuk mengambil beg galasnya. Nasib kelas mereka sama.

Mereka berdua yang tiba di kelas terus mencapai beg masing-masing dan berusaha mencari jalan pintas untuk cabut lari.

"Yah, kau kena lompat pagar sekarang." Melopong mulut Eunbi kerana terkejut. Jaehyun yang tidak kisah terus memaksa Eunbi memanjat pagar tersebut.

Selesai Eunbi turun dengan selamat, Jaehyun turut melakukan perkara yang sama. Mereka berdua semakin hilang daripada pandangan.

"Jangan fikir kamu berdua terlepaslah. Ssaem akan pastikan apa yang kamu buat pada Jungkook setimpal dengan denda ssaem beri." tekad Cikgu Dongwook.

Dia sebenarnya mengekori mereka berdua sejak keluar daripada bilik disiplinnya. Segala gerak geri mereka yang ingin lari sehingga panjat pagar, semua Cikgu Dongwook sempat rakam.

*******

-JINHEE'S POV-

Malam itu, aku dan omma berselera menjamah makan malam. Macam macam topik kami berdua bualkan. Memang aku dan omma bahagia walaupun hidup berdua.

[C] ✩Trust (믿음)✩ » JungkookWhere stories live. Discover now