-JINHEE'S POV-
Aku mencebik sambil memeluk tubuh. Geram dan sangat tak puas hati! Siapa lagi kalau bukan Jungkook? Dia yang buatkan aku rasa macam ni!
Jungkook kelihatan khusyuk menyapukan ubat pada siku aku. Sekali sekala aku mengaduh sakit, yang membuatkan dia meminta maaf berkali-kali.
Kadang kala aku tak percaya, 'ini Jungkook anak lelaki Jeon ke? adakah ini benar dan bukan mimpi semata?'
Dia sudah berubah, bukan Jungkook yang dulu. Kalau dulu dia banyak bersendirian dan lebih minat dalam ML, tapi sekarang dia suka dekati orang.
Lepastu, aku perasan dia banyak senyum sekarang. Walaupun kadang kadang dia cuba sorok, tapi aku masih sedar perubahan dalam diri dia.
Dan, aku tak sangka sekarang dia begitu baik melayani aku. Bukan macam dulu, aku cakap tak endah, ish!
Tanpa aku sedar, senyuman paling ikhlas meniti di bibir aku. Semua kerana insan bernama Jeon Jungkook. Saya dah berjaya, ssaem.
Jadi, belanjalah saya McDonald lepasni. HAHAHHAHA JK.
"Kau asal sengih macam tu?" tanya Jungkook dengan nada agak kasar? Heol, menyesal aku puji dia sekejap tadi!
"Ish, senyum salah. Marah salah. Yela, Jungkook." ujar aku dengan cukup perlahan sambil memusingkan kepala bertentangan arah Jungkook.
Jungkook pula memerhatikan wajah aku dengan lama sebelum ketawa kecil melihat aku.
"Takdelah, nampak comel macam tu." kata Jungkook yang kemudiannya sambung membalut luka pada siku. Oh man! Jungkook ni sakit ke?
"Anyways-" ujar Jungkook tiba-tiba. Sekarang ni dia tolong sapukan ubat dekat dahi sebelum balutkan.
"Kalau kau rasa aku berubah, maaflah aku masih sama. Kau nampak aku bergaduh tadi, kan?" soal Jungkook dengan selamba. Aku terus menunduk ke bawah, hm.
Aku gagal, kan? Mianhae ssaem!
"Habistu, kenapa kau tolong aku sekarang? Sebab nak tebus kesalahan je ke?" soal aku inginkan kepastian. Jungkook tersengih.
"Kenapa? kau rasa aku dah bagi fake hope? aku buat kau kecewa?" tanya Jungkook semula, bertubi-tubi.
"Bukanlah!-"
"Kalau kau nak tahu, aku berubah macam ni bila dengan kau je. Kalau bukan kau yang sakit sekarang, dah lama aku biar dia mati." kata Jungkook, langsung tidak tapis.
"Dah siap." kata Jungkook sambil memegang balutan aku di dahi, perlahan.
"Maafkan saya ya, Jinhee?" Muka Jungkook berubah serius, dia memandang aku dengan pandangan redup.
Aku tersenyum nipis lalu mengangguk perlahan. Yang membuatkan Jungkook mengusap kepala aku buat kali kedua.
"Gomawo, Jungkook-ah." ucapku dengan ikhlas. Jungkook senyum, kemudian bangun daripada kerusi dan menyusun semula alatan di dalam emergency kit.
"Eh, kau nak buat apa?" tanya aku, pelik. Jungkook menunjukkan kapas yang diguna tadi dan buang ke dalam tong sampah.
"Kemas lah, kan dah siap?" balas Jungkook. Ish dia ni, lupa ke yang dia tu sakit sekali?! Okay sabar Jinhee.
"Jungkook, bibir dengan hidung kau." kata aku. Nak tahu jugak dia ni sedar ke tak sebenarnya yang dia tu cedera?
"Tak perlu." balas Jungkook risau. Mulut aku melopong. Dia dah gila ke? bila bila masa darah tu boleh keluar balik!
YOU ARE READING
[C] ✩Trust (믿음)✩ » Jungkook
Fanfic●Jeon Jungkook Fanfiction● "Kepercayaan adalah salah satu kunci untuk hubungan yang kekal lama." ※start : 28/11/19 ※end : 26/12/19 ★target : at least 2K views and 1K votes√ ♡Highest Ranking : #228 IN FANFICTION