Part 5

594 26 0
                                    

Sebulan kemudian...

           Dennish dan Theffany duduk di sebuah bangku yang sedikit jauh dari tempat Joshua dan Luke ketika waktu rehat semasa di tempat konsert mereka pada malam itu. Luke yang sedari tadi memerhati ke arah pasangan itu telah ditegur oleh Joshua. Dia menoleh ke arah Joshua sebelum memberikan senyuman kecil.

"Asal kau ni? Dari tadi aku tengok kau diam je." Joshua menepuk bahu kanannya. Luke hanya menggeleng.

"Wei, kau tak pernah berahsia daripada aku. Ceritalah..." pujuk Joshua lagi. Dari tadi dia melihat wajah Luke yang kurang bersemangat pada hari ini. Tak pernah-pernah terjadi kepada mereka selama ini.

"Kau nampak tak apa-apa perubahan lepas Dennish couple dengan Theff?" Luke akhirnya membuka mulut. Joshua tercengang.

"Hah? Perubahan? Maksud kau?" tanya Joshua yang kurang memahami. Luke merenung lama wajah Joshua.

"Nothinglah. Anggap je conversation tadi tak pernah berlaku." Luke bangun dari duduknya lalu melangkah ke bilik air. Luke tersenyum sekilas. 'Cuma aku sorang je yang akan faham.' bisik hati kecilnya. Dia rasa sangat lain.

            Semua persembahan baru-baru ni tak sama dengan yang dulu. Bukan kerana peminat sudah berkurang.. Err.. Actually, itupun salah satu puncanya juga, sebab peminat diaorang lebih banyak minat Dennish, so bila dia dah ada girlfriend peminat berkurangan.

           Namun fikirannya lebih kepada Kathryn. Kathryn dah tak pernah datang tengok dia orang perform.

           Joshua masih tercengang. Masih dibelenggu pelbagai persoalan. 'Apa maksud Luke?' pertanyaan itu sering berlegar-legar di mindanya. Dia sekali sekala menjeling ke arah pasangan bahagia itu. Sedang bergelak ketawa. Takkan perubahan yang Luke cakap tadi... Kumpulan dia orang dah tak banyak lagi peminat? Sebab Dennish dah berpunya? Yelah, sebelum ni dia orang banyak peminat pun sebab ramai yang suka dengan Dennish. Joshua tersengih. Pengaruh Dennish memang kuat. Entah apa-apalah yang dikatakan Luke tadi. Pelik. Tak apalah, lagipun dia suruh lupakan.

Esok hari...

             Kathryn berjalan menuju ke kafe sekolah berseorangan pada hari itu apabila Jessica tidak dapat hadir kerana ada masalah keluarga. Dia mengeluh panjang apabila melihat Dennish dan Theffany berjalan beriringan untuk pergi ke kelas Dennish. Luke dan Joshua setia berjalan di belakang pasangan tersebut sambil berborak-borak.

            Namun, dia nampak wajah Luke kurang ceria pada hari itu. 'Lantak dialah!' Kathryn mengambil keputusan untuk berpatah balik. Dia malas nak bertembung dengan mereka semua tapi dah terlambat. Luke segera mencapai lengan Kathryn dan menariknya ke satu tempat yang terpencil.

            "What—" jeritan Kathryn termati di situ. Dia merentap tangannya daripada genggaman Luke.

"Sorry." lembut suara Luke mengucap kata maaf.

"What the hell are you doing?!" marah Kathryn apabila Luke hanya berdiam.

"Saya tahu awak nak lari dari dia orang." jawab Luke.

"So?" Kathryn menyebak rambut depannya kasar ke belakang.

"Jadi saya nak tolong awak." balasnya lagi. Kathryn melepaskan tawa. Tidak ikhlas.

"Hah? You nak tolong I? For what?! Oh, I tahu, mesti lepas ni you nak ketawakan I. Apa you ingat I ni, nak sangat ke pertolongan you tu? Pleaselah, I don't need your help!" balas Kathryn kasar. Dia ingat aku kemaruk sangat ke nak pertolongan dia tu?!

My Confessions || Malay Story [✔]Where stories live. Discover now